Page 76 - Pengenalan baru
P. 76

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               Setiap  individu  ada  haknya  tetapi  jangan  sampai  menipu  kerana

               matlamat tidak menghalalkan cara.




               Fasakh



               Berbeza dengan talak dan taklik, fasakh ialah pembubaran perkahwinan


               yang ditentukan oleh pihak berkuasa iaitu hakim melalui permohonan


               mana-mana  pihak  sama  ada  isteri  ataupun  suami.  Rata-rata  kes

               permohonan fasakh dibuat oleh pihak isteri kerana peruntukan fasakh


               ini secara umumnya juga adalah untuk kebajikan kaum wanita.



               Semua Undang-undang Keluarga Islam yang digubal sejak tahun 1983


               mengiktiraf  hak  seorang  isteri  iaitu  dibenarkan  memohon  fasakh  di


               Mahkamah  Syariah  atas  satu  atau  beberapa  alasan  yang  telah

               disenaraikan dan diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam


               di  tiap-tiap  negeri.  Walau  berbeza  ayat  atau  seksyen,  maksud  bagi


               peruntukan peruntukan ini adalah sama.



               Sebagai  contoh,  seksyen  52.  Akta  Undang-undang  Keluarga  Islam


               Wilayah-wilayah            Persekutuan           memperuntukkan:               seseorang

               perempuan  yang  berkahwin  mengikut  Hukum  Syarak  adalah  berhak


               mendapat  suatu  perintah  untuk  membubarkan  perkahwinan  atau


               untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu:




               76 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81