Page 24 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 24

KISAH SEORANG MUSAFIR


               DAN PENIAGA DI TEPI JALAN




                   NUKILAN: MUHAMMAD HARISS BIN MD LUKMANUL HAKIM,
                                                   PPISMP, PAI 4






                       Pada satu hari,seorang musafir sedang mencari tempat untuk
                       penginapannya  selepas  selesai  solat  isyak.Setelah  sekian
                       lama  mencari,  akhirnya  dia  terjumpa  sebuah  warung  dan

                       peniaga yang sedang sibuk melayan pelanggan. Musafir itu
                       amat  kagum  dan  terpukau  terhadap  si  peniaga  tersebut
                       kerana  si  peniaga  itu  tidak  mempunyai  pekerja  lain  untuk
                       membantunya          namun,       si   peniaga      tersebut      mampu
                       memberikan         layanan      yang      terbaik     kepada       semua

                       pelanggannya.  Si  musafir  cuba  mencari  akal  untuk
                       mengetahui  apakah  rahsia  yang  diamalkan  oleh  si  peniaga
                       tersebut  kerana  si  musafir  khuatir  si  peniaga  menggunakan
                       pelaris  dalam  hidangannya.  Pada  awalnya,  si  musafir

                       terdengar sesuatu yang membuatkan dia terkejut kerana dia
                       terdengar si peniaga tersebut sering mengucapkan perkataan
                       ketika  melakukan  sesuatu  perkara.  Akhirnya,  si  musafir
                       mengetahui bahawa yang sering disebutkan oleh si peniaga
                       adalah  ucapan  istighfar  dan  pujian  kepada  Allah.  Hal  ini

                       menyebabkan  si  musafir  berasa  insaf  dan  mulai  nampak
                       hikmah  apabila  menjalankan  tanggungjawab  sebagai
                       seorang hamba kepada tuhannya. Oleh itu, benarlah bahawa
                       di  dalam  al-Quran  Allah  berfirman  yang  bermaksud:

                       “Sehingga  aku  berkata  (kepada  mereka);  Pohonlah
                       keampunan  kepada  Tuhan  kamu,  sesungguhnya  Dia  Maha
                       Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian),
                       Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah
                       kepada kamu, dan Dia akan memberikan kamu

                       harta yang banyak berserta anak pinak dan
                       Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun
                       tanaman serta mengadakan bagi kamu
                       sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

                       (Surah Nuh, ayat 10-12).
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29