Page 40 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 40

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023



                     18.  Penggunaan perpustakaan ;
                            •   Guru-guru  yang  hendak  menggunakan  perpustakaan  bagi  tujuan  PdPc  perlu  membuat  tempahan  terlebih  dahulu,  sekurang-
                                kurangnya  sehari  lebih  awal  dengan  mengisi  maklumat  tempahan  dalam  buku  rekod  Kelas  Di  Perpustakaan  yang
                                diletakkan di Kaunter Edaran Perpustakaan
                            •   Hanya satu kelas sahaja yang boleh menggunakan perpustakaan pada setiap waktu.
                            •   Setiap kelas hanya boleh berada di perpustakaan tidak melebihi dua masa P d P pada setiap kali penggunaan.
                            •   Guru-guru dimestikan bersama-sama pelajar di dalam perpustakaan

                     19.  Semua guru yang menghadiri seminar/kursus di luar sekolah dikehendaki menghantar laporan pada Pengetua apabila tamat kursus dengan
                        menggunakan format borang khas (contoh lihat lampiran)

                     20.  Semua guru/kakitangan sekolah dilarang menyimpan LO.

                     21.  Semua pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran yang berkenaan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

                     22.  Buku rampaian/buku kerja/nota pelajar/buku catatan pelajar hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti. Buku yang telah diperiksa
                        hendaklah segera dikembalikan kepada para pelajar. Guru-guru dikehendaki merekod pemberian kerja rumah di dalam  Buku  Rekod
                        Pemberian Kerja Rumah untuk memudahkan pemantauan dibuat secara sistematik dan berkesan.

                     23.  Guru- guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan.  Sila baca Surat Pekeliling  Ikhtisas Bil. 3/1981 –
                        Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) oleh Guru-guru. (Lampiran)

                     24.  Pengumuman melalui pembesar suara boleh dibuat pada masa berikut : 10 minit
                        terakhir sesi persekolahan setiap hari
                        Setiap maklumat pengumuman yang dibuat hendaklah dicatat dalam Buku Pengumuman yang disediakan

                     25.  Penjual/pengedar barangan tidak  dibenarkan berurusan secara langsung dengan guru-guru tanpa kebenaran Pengetua. Promosi atau
                        mengiklankan sesuatu barangan di sekolah untuk guru dan pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran Pengetua. Guru-guru adalah
                        dilarang menjadi penjual atau pengedar buku-buku atau bahan-bahan berkaitan untuk pelajar- pelajar.  Hanya  koperasi  sekolah  sahaja
                        dibenarkan membekal barang-barang dan menjual buku-buku di sekolah.

                     26.  Sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok.









































                                                                                                             35
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45