Page 36 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 36
Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023
21.0 PELAWAT / JURUJUAL
Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil
firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
22.0 PEMBELIAN BARANG
22.1 guru-guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di
pejabat.
22.2 Borang tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/ Guru Kanan/ Penolong Kanan sebelum diluluskan
oleh Pengetua.
22.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
22.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan segera.
23.0 KEGIATAN KOKURIKULUM
23.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan
teratur mengikut jadual yang ditetapkan
23.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang
disediakan di pejabat sekolah.
24.0 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
24.1 Perhimpunan Mingguan diadakan pada hari Ahad pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi mengikut takwim yang ditetapkan
kecuali perhimpunan ditunda ke hari lain atas arahan pengetua.
24.2 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
24.3 Semua guru wajib hadir di perhimpunan pagi dan mingguan kecuali sakit.
24.4 Guru tidak dibenarkan berada di dalam bilik guru.
24.5 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
24.6 Perhimpunan harian akan diadakan pada setiap hari persekolahan bermula pukul 7.15 – 7.30 pagi.
25.0 MESYUARAT GURU
25.1 Dari semasa ke semasa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah wajib.
25.2 Guru-guru adalah wajib menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/ Ketua Panitia/ Pengerusi
Jawatankuasa.
25.3 Semua guru hendaklah berpakaian rasmi ‘pakaian kerja’ sewaktu menghadiri mesyuarat guru. Kemeja “T”, seluar
trek, selipar tidak dibenarkan
26.0 TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/ luar sekolah.
27.0 KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
27.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah.
27.2 Jumlah yuran Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat AJK Kelab Guru yang dipilih pada tahun
berkenaan.
28.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT
28.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
28.2 Guru-guru mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
28.3 Guru-guru bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan
baik.
28.4 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya.
29.0 ARAHAN DAN PEKELILING
29.1 Semua guru mestilah sentiasa mematuhi; surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran; Arahan-
arahan Pembendaharaan; Akta Pendidikan; Surat Akujanji; Perintah-Perintah Am Kerajaan.
29.2 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi
29.3 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpan dalam fail khas.
29.4 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran / PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke
pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
30.0 KUNCI
30.1 Semua kunci alatan kemudahan sekolah mesti disimpan di pejabat dan dilabelkan.
30.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan
mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
31

