Page 38 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 38

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023



                                                    WAKTU BEKERJA PEJABAT

                     1.   Punch Card/Kad Perakam Waktu
                        Di pejabat mempunyai Mesin Perakam Waktu. Semua kakitangan jabatan hendaklah merakam waktu tiba dan waktu mereka meninggalkan
                        pejabat melalui mesin tersebut. (Bab 8 Peraturan Am – para 1)
                        Semua pekerja hendaklah memakai uniform kecuali kakitangan tertentu sahaja.

                     2.   Waktu bekerja di pejabat hendaklah mematuhi waktu bekerja berperingkat seperti berikut :
                        Di negeri-negeri yang mana hari Jumaat adalah cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah Ahad hingga Khamis.

                               Waktu               Bekerja                Rehat                Bekerja
                             Berperingkat
                              Pertama             07.30 – 01.00         01.00 – 02.00         02.00 – 04.30
                               Kedua              08.00 – 01.00         01.00 – 02.00         02.00 0 05.00
                               Ketiga             08.30 – 01.00         01.00 – 02.00         02.00 – 05.30
                              Keempat             09.00 – 01.00          01.00 -02.00         02.00 – 06.00


                     3.   Kewajipan menunaikan sebarang tugas (30).
                        Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan sebarang tugas-tugas jawatannya dan lain-lain tugas yang mungkin diarah untuk
                        menjalankan dari semasa ke semasa.

                     4.   Pertukaran di mana-mana (29)
                        Seseorang pegawai boleh diarahkan berkhidmat di mana-mana sahaja oleh kerajaan melainkan ada syarat-syarat khas menetapkan
                        sebaliknya.

                     5.   Tiada gaji bagi tempoh tak hadir bekerja tanpa cuti. (Bab A para 15 & 16)
                        Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak
                        mendapat apa-apa gaji atau emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja.

                     6.   Sijil sakit perlu mendapat cuti sakit.
                        Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu apabila seseorang pegawai  itu disahkan oleh seseorang
                        pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seseorang ahli panel doktor sebagai tidak sihat untuk
                        menjalankan tugas-tugas jawatannya.

                        Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalam Perintah Am 1 (xi ). Ketua Jabatan boleh menerima mengikut
                        budi bicara sendiri, sebarang  sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor swasta tanpa sokongan daripada seorang Pegawai
                        Perubatan, sijil-sijil cuti sakit yang diberi tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua
                        Jabatan atas sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesatu tahun.
                        (Bab C para 14 & 15 )



























                                                                                                             33
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43