Page 35 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 35

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023


                        14.4.   Setiap guru  mesti mempunyai  Fail Rekod  Mengajar  dan bertanggungjawab terhadap keselamatan fail tersebut. Semua
                                butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail ini hendaklah dihantar ke Bilik GKMP pada hari
                                Khamis untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong Kanan /GKMP.
                        14.5.   Jika seseorang guru itu bercuti, Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.
                        14.6.   Fail Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
                        14.7.   Setiap guru mestilah membaca Pekeliling KP 256 di muka hadapan Fail Persediaan Mengajar yang  menerangkan mengenai
                                tujuan dan penggunaan buku tersebut serta mematuhi perkara-perkara mengenainya.
                        14.8.   Rancangan mengajar mingguan mestilah berlandaskan rancangan kerja penggal/ tahunan.  Rancangan ini mestilah dipatuhi
                                sedapat mungkin.
                        14.9.   Rancangan  harian  mestilah  ditulis  sehari  sebelum  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bermula.  Sesuatu rancangan
                                yang tidak dapat dijalankan hendaklah diberikan catatan di bawahnya.
                        14.10.   Rancangan bagi tingkatan yang berlainan kelas bolehlah ditulis secara bergabung jika berkaitan.
                        14.11.   Rancangan harian seharusnya mengandungi Tajuk, Objektif, Isi Pengajaran, Aktiviti, Nilai, Alat Bantu Mengajar dan
                                Penilaian.
                        14.12.   Guru Kanan Mata Pelajaran adalah diberi kuasa untuk menyemak perjalanan mata pelajaran masing-masing seperti yang
                                tercatat dalam buku ini bila diperlukan dan memberikan laporan kepada Pengetua.
                        14.13.   Guru-guru berkewajiban memastikan buku ini sentiasa bersih dan kemas.

                 15.0   JADUAL WAKTU
                        15.1    Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan
                        15.2    Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
                        15.3    Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

                 16.0   GURU GANTI (RELIEF)
                        16.1    Guru ganti hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan.
                        16.2    Guru ganti dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
                        16.3    Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah dianggap sebagai engkar perintah.

                 17.0   SISTEM e-KEHADIRAN (APDM)
                        17.1    e-Kehadiran dalam APDM adalah wajib dikemas kini oleh guru tingkatan setiap masa. Semua butiran dalam APDM
                                hendaklah dilengkapkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dicetak untuk simpanan pejabat.
                        17.2    Semua  guru  tingkatan  mesti  melengkapkan  e-Kehadiran  di  dalam  APDM  sebelum  8.30  pagi.
                                Maklumat ketidakhadiran pelajar boleh di ambil dalam kumpulan e-kehadiran sekolah.
                        17.3    Penyelaras tingkatan akan mengambil tanggungjawab ini sekiranya guru tingkatan tidak hadir.
                        17.4    Ketua / penolong tingkatan perlu memaklumkan kehadiran pelajar kepada guru yang masuk ke kelas pada masa 1,2 & 3.
                        17.5    Guru mata pelajaran masa 1,2 atau 3 perlu melaporkan kehadiran pelajar pada hari tersebut dalam kumpulan ‘e- kehadiran’
                                sekolah.

                 18.0   KEBERSIHAN
                        18.1    Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru
                                tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
                        18.2    Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas seperti bengkel, bilik kaunseling, makmal,
                                bilik ICT, bilik SAL, perpustakaan, koperasi dan lain-lain bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
                        18.3    Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

                 19.0   SURAT MENYURAT
                        19.1    Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklahditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan
                                kepada pihak berkenaan.
                        19.2    Surat yang diterima oleh sekolah yang diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan, hendaklah berbuat demikian dengan
                                segera.
                        19.3    Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan
                                sendiri setelah  diambil tindakan.
                        19.4    Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu
                                hendaklah:
                                •      Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.
                                •      Mengambil tindakan yang diperlukan.
                                •      Memulangkan semula fail itu ke pejabat dan memastikan surat asal dimasukkan ke dalam fail tersebut.

                 20.0   PERGI KE JABATAN PEPENDIDIKAN NEGERI \ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
                        Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.


                                                                                                             30
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40