Page 37 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 37
Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023
31.0 ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN
31.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah dan juga kursus dalaman
31.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan
dalam fail peribadi guru berkenaan
32.0 TELEFON
32.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak dibenarkan mengguna
telefon sekolah untuk urusan peribadi
32.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.
33.0 STOK / INVENTORI
33.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku
stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta merta
33.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa dan
dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan/Pengetua.
34.0 KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR
34.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.
34.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaiman objektif penggunaannya.
35.0 DOKUMENTASI
Setiap aktiviti sekolah mestilah mengemukakan dokumentasi mengenainya selewat-lewatnya dua minggu selepas aktiviti
tersbut serta menyerahkannya kepada Ketua Unit Dokumentasi Sekolah.
32

