Page 40 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 40

Manual Pengurusan Sekolah 2021




                     18.  Penggunaan perpustakaan ;
                            •   Guru-guru yang hendak menggunakan perpustakaan bagi tujuan PdPc perlu membuat tempahan terlebih dahulu,
                                sekurang-kurangnya  sehari  lebih  awal  dengan  mengisi  maklumat  tempahan  dalam  buku  rekod  Kelas  Di
                                Perpustakaan yang diletakkan di Kaunter Edaran Perpustakaan
                            •   Hanya satu kelas sahaja yang boleh menggunakan perpustakaan pada setiap waktu.
                            •   Setiap kelas hanya boleh berada di perpustakaan tidak melebihi dua masa P d P pada setiap kali penggunaan.
                            •   Guru-guru dimestikan bersama-sama pelajar di dalam perpustakaan

                     19.  Semua guru yang menghadiri seminar/kursus di luar sekolah dikehendaki menghantar laporan pada Pengetua apabila tamat
                        kursus dengan menggunakan format borang khas (contoh lihat lampiran)

                     20.  Semua guru/kakitangan sekolah dilarang menyimpan LO.

                     21.  Semua pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran yang berkenaan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

                     22.  Buku  rampaian/buku  kerja/nota  pelajar/buku  catatan  pelajar  hendaklah  sentiasa  diperiksa  dengan  teliti.  Buku  yang  telah
                        diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada para pelajar. Guru-guru dikehendaki  merekod pemberian kerja rumah di
                        dalam Buku Rekod Pemberian Kerja Rumah untuk memudahkan pemantauan dibuat secara sistematik dan berkesan.

                     23.  Guru-  guru  hendaklah  mematuhi  jadual  guru  ganti  yang  ditetapkan.  Sila  baca  Surat  Pekeliling    Ikhtisas  Bil.  3/1981  –
                        Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) oleh Guru-guru. (Lampiran)

                     24.  Pengumuman melalui pembesar suara boleh dibuat pada masa berikut :
                        10 minit terakhir sesi persekolahan setiap hari
                        Setiap maklumat pengumuman yang dibuat hendaklah dicatat dalam Buku Pengumuman yang disediakan

                     25.  Penjual/pengedar  barangan  tidak  dibenarkan  berurusan  secara  langsung  dengan  guru-guru  tanpa  kebenaran  Pengetua.
                        Promosi atau mengiklankan sesuatu barangan di sekolah untuk guru dan pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran
                        Pengetua. Guru-guru adalah dilarang menjadi penjual atau pengedar buku-buku atau bahan-bahan berkaitan untuk pelajar-
                        pelajar. Hanya koperasi sekolah sahaja dibenarkan membekal barang-barang dan menjual buku-buku di sekolah.

                     26.  Sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok.









































                                                                                                         35
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45