Page 36 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 36

Manual Pengurusan Sekolah 2021




                 21.0    PELAWAT / JURUJUAL
                        Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang
                        dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

                 22.0   PEMBELIAN BARANG
                         22.1   guru-guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran  dengan menggunakan borang yang boleh
                                diperoleh di pejabat.
                         22.2   Borang  tersebut  mesti  mendapat  pengesahan  daripada  Ketua  Panitia/  Guru  Kanan/  Penolong  Kanan  sebelum
                                diluluskan oleh Pengetua.
                         22.3   Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
                         22.4   Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan segera.

                 23.0    KEGIATAN KOKURIKULUM
                         23.1    Semua  guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas  ini hendaklah  dijalankan dengan
                                cekap dan teratur mengikut jadual yang ditetapkan
                         23.2    Semua  guru  wajib  hadir  kegiatan  kokurikulum  dan  menulis  nama  pada  buku  kehadiran  kokurikulum  yang
                                disediakan di pejabat sekolah.

                 24.0    PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
                         24.1   Perhimpunan  Mingguan  diadakan  pada  hari  Ahad  pukul  7.30  pagi  hingga  8.30  pagi  mengikut  takwim  yang
                                ditetapkan kecuali perhimpunan ditunda ke hari lain atas arahan pengetua.
                         24.2    Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
                         24.3    Semua guru wajib hadir di  perhimpunan pagi dan mingguan kecuali sakit.
                         24.4   Guru tidak dibenarkan berada di dalam bilik guru.
                         24.5   Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
                         24.6   Perhimpunan harian akan diadakan pada setiap hari persekolahan bermula pukul 7.15 – 7.30 pagi.

                 25.0   MESYUARAT GURU
                         25.1   Dari semasa ke semasa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini
                                adalah wajib.
                         25.2   Guru-guru  adalah  wajib  menghadiri  mesyuarat  yang  dipanggil  oleh  Guru  Kanan/  Ketua  Panitia/  Pengerusi
                                Jawatankuasa.
                         25.3   Semua guru hendaklah berpakaian rasmi ‘pakaian kerja’ sewaktu menghadiri mesyuarat guru. Kemeja “T”, seluar
                                trek, selipar tidak dibenarkan

                 26.0    TANDA NAMA
                        Semua  guru  dan  staf  sokongan  hendaklah  memakai  tanda  nama  pada  hari  persekolahan,  majlis  rasmi  di  sekolah/  luar
                        sekolah.

                 27.0   KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
                         27.1   Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah.
                         27.2   Jumlah  yuran  Kelab  Guru  tertakluk  kepada  keputusan  mesyuarat  AJK  Kelab  Guru  yang  dipilih  pada  tahun
                               berkenaan.

                 28.0   PENGGUNAAN ALAT-ALAT
                        28.1    Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut  peraturan.
                        28.2    Guru-guru mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
                        28.3    Guru-guru bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
                                berkeadaan baik.
                        28.4    Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya.

                 29.0   ARAHAN DAN PEKELILING
                        29.1    Semua  guru  mestilah  sentiasa  mematuhi;  surat-surat  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  dan  Jabatan  Pelajaran;
                                Arahan-arahan Pembendaharaan; Akta Pendidikan; Surat Akujanji; Perintah-Perintah Am Kerajaan.
                        29.2    Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi
                        29.3    Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpan dalam fail khas.
                        29.4    Sekiranya  pekeliling  itu  dari  Kementerian,  Jabatan  Pelajaran  /  PPD,  guru  hendaklah  mengembalikan  dengan
                                segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

                 30.0   KUNCI
                        30.1    Semua kunci alatan kemudahan sekolah mesti disimpan di pejabat  dan dilabelkan.
                        30.2    Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan
                                mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.




                                                                                                         31
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41