Page 39 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 39
Manual Pengurusan Sekolah 2021
PERATURAN-PERATURAN DALAMAN
SMK PADANG MIDIN
1. Waktu masuk sekolah bagi hari biasa ialah pukul 7.30 pagi. Loceng pertama dibunyikan sebagai tanda permulaan sekolah.
Manakala waktu pulang pula pada pukul 2.30 petang.
2. Semua guru dikehendaki ‘punch card ” pada waktu pagi dan waktu pulang setiap hari termasuk kerja-kerja pada hari bukan
persekolahan.
3. Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi mestilah memohon cuti rehat sekiranya tempoh masa
bertugasnya pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari masa bertugas. Bagi guru-guru yang ada temu janji hospital sila
dapatkan time slip/cuti rehat (m.c). Guru hendaklah catat masa keluar dan pulang di dalam buku keluar.
4. Guru yang keluar daripada kawasan sekolah kerana berkursus atau mengikuti seminar ataupun mesyuarat dikehendaki
mencatatkan di dalam Buku Rekod yang disediakan di pejabat sebelum menghadiri kursus/seminar/mesyuarat.
5. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kerana urusan bukan rasmi kecuali dengan kebenaran Pengetua
6. Semua guru dikehendaki menamatkan Sukatan Pelajaran bagi Kelas Peperiksaan pada bulan Julai dan bagi kelas Bukan
Peperiksaan pada akhir September.
7. Semua program sekolah perlu dirujuk dan mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
8. Guru mestilah bijaksana membahagikan masa bagi tugas-tugas luar sekolah. Keutamaan mestilah diberikan kepada program-
program sekolah.
9. Semua guru/kakitangan dilarang membuat pembelian/pesanan/tempahan tanpa menggunakan LO yang telah ditandatangani
oleh Pengetua
10. Resit pembelian hendaklah dihantar dengan segera kepada kerani kewangan untuk urusan pembayaran.
11. Semua guru yang mengajar/masuk ke makmal atau PJK di padang atau membawa pelajar ke perpustakaan/Bilik ERT/bilik
RBT dan di lain-lain tempat (luar bilik darjah) dikehendaki memastikan pelajar bergerak dalam barisan dengan tertib dan
selamat.
12. Guru dilarang membuat pertukaran sesama sendiri mata pelajaran dan kelas diajar sebagaimana ditetapkan di dalam jadual
kecuali dengan kebenaran/kelulusan Pengetua.
13. Sebarang program luar melibatkan pelajar sama ada kelolaan sekolah/agensi luar mesti dengan kelulusan Pengetua.
14. Peralatan bilik darjah (penyapu, skop sampah, penyapu papan hitam, tong sampah) hanya dibekalkan sekali sahaja. Guru
kelas bertanggungjawab menjaga dan menggantikannya jika hilang.
15. Penggunaan akaun di kantin hanya dibenarkan/dibayar dengan mengisi dan menandatangani terlebih dahulu borang khas
oleh Pengetua
16. Penggunaan bilik darjah/kelas/perpustakaan dan lain-lain harta benda atau premis sekolah selepas waktu persekolahan tidak
dibenarkan kecuali dengan kebenaran guru disiplin/guru berkenaan/pengurusan sekolah.
17. Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas adalah seperti berikut :
• Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif
• Bersih dan kemas
• Bilangan pelajar akur dengan jadual kedatangan
• Mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam Buku Kawalan Kelas
34

