Page 35 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 35

Manual Pengurusan Sekolah 2021



                         14.4.   Setiap guru  mesti mempunyai Fail  Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan  fail tersebut.
                                Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail ini hendaklah dihantar ke Bilik
                                GKMP pada hari Khamis untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong Kanan /GKMP.
                         14.5.   Jika seseorang guru itu bercuti, Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.
                         14.6.   Fail Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
                         14.7.   Setiap guru mestilah membaca Pekeliling KP 256 di muka hadapan Fail Persediaan Mengajar yang menerangkan
                                mengenai tujuan dan penggunaan buku tersebut serta mematuhi perkara-perkara mengenainya.
                         14.8.   Rancangan mengajar mingguan mestilah berlandaskan rancangan kerja penggal/ tahunan.  Rancangan ini mestilah
                                dipatuhi sedapat mungkin.
                         14.9.   Rancangan  harian  mestilah  ditulis  sehari  sebelum  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bermula.  Sesuatu
                                rancangan yang tidak dapat dijalankan hendaklah diberikan catatan di bawahnya.
                         14.10.   Rancangan bagi tingkatan yang berlainan kelas bolehlah ditulis secara bergabung jika berkaitan.
                         14.11.   Rancangan harian seharusnya mengandungi Tajuk, Objektif, Isi Pengajaran, Aktiviti, Nilai, Alat Bantu Mengajar dan
                                Penilaian.
                         14.12.   Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  adalah  diberi  kuasa  untuk  menyemak  perjalanan  mata  pelajaran  masing-masing
                                seperti yang tercatat dalam buku ini bila diperlukan dan memberikan laporan kepada Pengetua.
                         14.13.   Guru-guru berkewajiban memastikan buku ini sentiasa bersih dan kemas.

                 15.0   JADUAL WAKTU
                        15.1    Guru hendaklah  mematuhi jadual waktu yang disediakan
                        15.2    Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
                        15.3    Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

                 16.0   GURU GANTI (RELIEF)
                         16.1   Guru ganti hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan.
                         16.2   Guru ganti dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
                         16.3   Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah dianggap sebagai engkar perintah.

                 17.0   SISTEM e-KEHADIRAN (APDM)
                         17.1   e-Kehadiran  dalam  APDM  adalah  wajib  dikemas  kini  oleh  guru  tingkatan  setiap  masa.    Semua  butiran  dalam
                                APDM hendaklah  dilengkapkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dicetak untuk simpanan pejabat.
                         17.2   Semua  guru  tingkatan  mesti  melengkapkan  e-Kehadiran  di  dalam  APDM  sebelum  8.30  pagi.  Maklumat
                                ketidakhadiran pelajar boleh di ambil dalam kumpulan e-kehadiran sekolah.
                         17.3   Penyelaras tingkatan akan mengambil tanggungjawab ini sekiranya guru tingkatan tidak hadir.
                         17.4   Ketua / penolong tingkatan perlu memaklumkan kehadiran pelajar kepada guru yang masuk ke kelas pada masa
                                1,2 & 3.
                         17.5   Guru mata pelajaran masa 1,2 atau 3 perlu melaporkan kehadiran pelajar pada hari tersebut dalam kumpulan ‘e-
                                kehadiran’ sekolah.

                 18.0   KEBERSIHAN
                        18.1    Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan
                                oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
                        18.2    Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas seperti bengkel, bilik kaunseling,
                                makmal, bilik ICT, bilik SAL, perpustakaan, koperasi dan lain-lain bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
                        18.3    Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

                 19.0   SURAT MENYURAT
                         19.1   Semua  surat  rasmi  yang  menggunakan  letter  head    sekolah  hendaklahditandatangani  oleh  Pengetua  untuk
                                disampaikan kepada pihak berkenaan.
                         19.2   Surat yang diterima oleh sekolah yang diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan, hendaklah berbuat demikian
                                dengan segera.
                         19.3   Jika  surat  itu  ditujukan  kepada  guru  dengan  dinyatakan  melalui  dan  salinan  kepada  Pengetua,  surat  itu  boleh
                                disimpan sendiri setelah  diambil tindakan.
                         19.4   Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka
                                guru itu hendaklah:
                                •      Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.
                                •      Mengambil tindakan yang diperlukan.
                                •      Memulangkan semula fail itu ke pejabat dan memastikan surat asal dimasukkan ke dalam fail tersebut.

                 20.0   PERGI KE JABATAN PEPENDIDIKAN NEGERI  \ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
                        Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.




                                                                                                         30
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40