Page 38 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 38

Manual Pengurusan Sekolah 2021




                                                    WAKTU BEKERJA PEJABAT

                     1.   Punch Card/Kad Perakam Waktu
                        Di pejabat mempunyai Mesin Perakam Waktu. Semua kakitangan jabatan hendaklah merakam waktu tiba dan waktu mereka
                        meninggalkan pejabat melalui mesin tersebut. (Bab 8 Peraturan Am – para 1)

                     2.   Semua pekerja hendaklah memakai uniform kecuali kakitangan tertentu sahaja.

                     3.   Waktu bekerja di pejabat hendaklah mematuhi waktu bekerja berperingkat seperti berikut :
                        Di negeri-negeri yang mana hari Jumaat adalah  cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah

                        Ahad
                            Waktu Berperingkat       Bekerja               Rehat               Bekerja
                               Pertama             07.30 – 12.15        12.15 - 02.45        02.45 – 04.30
                                Kedua              08.00 – 12.15        12.15 – 02.45        02.45 – 05.00
                                Ketiga             08.30 – 12.15        12.15 – 02.45        02.45 – 05.30

                        Isnin hingga Khamis
                            Waktu Berperingkat       Bekerja               Rehat               Bekerja
                               Pertama             07.30 – 01.00        01.00 – 02.00        02.00 – 04.30
                                Kedua              08.00 – 01.00        01.00 – 02.00        02.00 0 05.00
                                Ketiga             08.30 – 01.00        01.00 – 02.00        02.00 – 05.30

                     4.   Kewajipan  menunaikan sebarang tugas (30).
                        Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan sebarang tugas-tugas jawatannya dan  lain-lain tugas yang mungkin
                        diarah untuk menjalankan dari semasa ke semasa.

                     5.   Pertukaran di mana-mana (29)
                        Seseorang  pegawai  boleh  diarahkan  berkhidmat  di  mana-mana  sahaja  oleh  kerajaan  melainkan  ada  syarat-syarat  khas
                        menetapkan sebaliknya.

                     6.   Tiada gaji bagi tempoh tak hadir bekerja tanpa cuti. (Bab A para 15 & 16)
                        Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang munasabah, maka pegawai itu
                        tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja.

                     7.   Sijil sakit perlu mendapat cuti sakit.
                        Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu apabila seseorang pegawai itu disahkan
                        oleh seseorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seseorang ahli panel  doktor
                        sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.

                        Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalam Perintah Am 1 (xi ). Ketua  Jabatan boleh menerima
                        mengikut budi bicara sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor swasta tanpa sokongan daripada
                        seorang Pegawai Perubatan, sijil-sijil cuti sakit yang diberi tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit
                        yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesatu tahun.
                        (Bab C para 14 & 15 )











                                                                                                         33
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43