Page 1 - PERATURAN SJK(C) NANG SANG
P. 1
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
SJK NANG SANG, SIBU
Semua murid SJK Nang Sang perlu mematuhi segala tatacara dan peraturan serta arahan
pihak sekolah seperti berikut:
所有学生们一定要遵守学校一切的章程和规则,服从校方约束及命令。
1. KEHADIRAN (出席率)
1.1 Waktu persekolahan adalah di antara jam 7.00 pagi hingga 12.50 petang. Semua
murid mesti berada di sekolah sebelum 7.00 pagi. Murid yang datang lewat
selepas waktu yang ditetapkan akan diambil tindakan.
早上班上课时间是从 7.00 am - 12.50 pm,学生们必须在 7.00 am 前到学校。迟
到者将被处罚。
1.2 Kehadiran ke sekolah dan semua aktiviti rasmi lain adalah wajib.
凡上课日或校方所举办的活动,学生们一定要定时出席。
1.3 Murid mesti memohon cuti sakit dan sebagainya secara bertulis daripada guru
kelas masing-masing jika tidak dapat hadir ke sekolah.
学生因病或因故不得已缺席时,需以书信向级任老师请假。
1.4 Murid yang ponteng akan diberi amaran sebanyak 3 kali. Bagi kali yang
berikutnya, murid tersebut akan diberi surat amaran oleh pihak sekolah dan
mengadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa.
逃学者,校方将给予学生 3 次的警告。超过三次者,校方将会给警告信并与
家长会面。
1.5 Murid wajib menghadiri perhimpunan sekolah serta menumpukan sepenuh
perhatian terhadap nasihat, arahan dan laporan guru besar, penolong kanan dan
guru-guru.
集会时须准时出席,并列队倾听校长及老师的在教诲与报告。
1.6 Tidak lewat atau balik awal serta tidak hadir ke sekolah tanpa alasan. Tidak
beredar keluar dari kelas tanpa kebenaran guru. Sekiranya sakit atau ada urusan
penting, ibu bapa perlu tandatangan buku kebenaran membawa anak keluar
dengan kerani sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
不迟到,不早退,不无故旷课。未经老师批准,不准离开教室。如果因为生
病或有事早退,应到书记处签名后,才可离开学校。

