Page 18 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 18
1.10 Keadilan
• Cara keadilan dalam pentadbiran kerajaan
o Pemberian ganjaran dan hukuman (undang-undang dikuatkuasakan)
▪ Kerajaan akan memberikan ganjaran kepada masyarakat ynag membuat
jasa terhadap keselamatan dan ketenteram undang-undang ( pingat,
anugerah sijil, hadiah sagu hati)
▪ Hukuman akan diberikan kepada penjenayah yang diberkas
▪ Diadili dengan hukuman yang setimpal mengikut akta dan
undangundang negara
o Pembayaran pelbagai jenis cukai
▪ Kerajaan mengenakan pelbagai cukai kepada masyarakat dengan adil
▪ Kadar cukai akan meningkat apabila pendapatan keluarga semakin
tinggi
o Pembahagian rumah kos rendah
• Pemberian rumah kos rendah dapat membantu golongan berpendapatan
rendah supaya mampu memiliki rumah sendiri
• Kriteria pengagihan rumah kos rendah :
- Pendapatan isi rumah
- Taraf pemilikan rumah iaitu keutamaan diberikan kepada rakyat
yang belum memiliki rumah
- Jenis rumah yang didiami sekarang sama ada disewa, setinggan
atau kuarters kerajaan - Bilangan anggota keluarga
o Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada penduduk setinggan
dan luar bandar
o Pemberian hak milik tanah oleh FELDA kepada penghuni setelah mengusahakan
tanah dan menjelaskan hutangnya
• Cara kerajaan menggunakan hasil cukai yang dikutip :
o Menambah peluang pekerjaan
o Menyediakan kemudahan infrastruktur
o Membangunkan sektor pertanian di luar bandar
• Kesan jika penduduk miskin tidak diberi peluang memiliki rumah sendiri :
o Taraf hidup mereka tidak dapat diperbaiki
o Kemudahan asas tidak dapat dinikmati bersama
o Taraf kesihatan mereka juga rendah
o Masalah sosial lain yang akan timbul seperti gejala dadah, jenayah,
pelacuran dan sebagainya
16

