Page 23 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 23
2.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan
• Peranan dalam mengekalkan tradisi kekeluargaan pelbagai kaum :
o Muzium - Tempat menyimpan khazanah kebudayaan dan kesenian
masyarakat tradisi pelbagai kaum (Contoh : Adat persandingan orang
Melayu dan Baba dan Nyonya, pameran pakaian tradisional pelbagai
kaum, alat muzik tradisional-rebab, serunai (Melayu), “ti tze” (Cina) dan
peralatan makan
o Arkib Negara - Tempat menyimpan rekod penting khazanah negara yang
berunsur sejarah dan kebudayaan untuk rujukan mengenai warisan budaya
bangsa kita
o Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan – Bertanggungjawab
mengekalkan warisan tradisi masyarakat Malaysia berteraskan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan menyebarkan maklumat tentang budaya
bangsa kepada orang ramai termasuk pelancong
o Kelab Kebudayaan -berperanan mengekalkan tradisi kekeluargaan
pelbagai kaum melalui pameran, seminar, bengkel dan pertunjukan
kebudayaan
o Individu - Perlu terus mengamalkan tradisi kekeluargaan dan memberi
sokongan padu kepada aktiviti kebudayaan dan kesenian yang dianjurkan
oleh kerajaan dan bukan kerajaan
• Faedah yang diperolehi oleh pelajar setelah membuat lawatan ke tempat-tempat
disebut di atas :
o Menyedari dan mengetahui kekayaan kebudayaan pelbagai kaum di
negara kita
o Menyedari setiap individu ada tanggungjawab untuk memelihara dan
mengekalkan tradisi kekeluargaan warisan bangsa kita
o Mengetahui kepentingan memelihara dan mengekalkan tradisi
kekeluargaan sebagai warisan negara
• Cara individu membantu mengekalkan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum :
o Mengamalkan tradisi kekeluargaan sendiri dalam kehidupan
seharian
o Memberi sokongan kepada semua aktiviti kebudayaan dan kesenian yang
dianjurkan sama ada oleh kerajaan ataupun badan bukan kerajaan
o Mengambil berat akan tradisi kekeluargaan
o Menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan
• Kesan sekiranya tradisi kekeluargaan tidak terpelihara :
o Kepupusan tradisi kekeluargaan pelbagai bangsa
o Kehilangan identiti sesuatu bangsa
o Generasi muda tidak kenal budaya sendiri
o Generasi muda lebih senang terpengaruh dengan budaya luar seperti
budaya Barat yang negatif
21

