Page 15 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 15
• Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kegawatan negara:
o Menetapkan kadar pertukaran mata wang
o Menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan
o Melancong di dalam negara
• Bukti kejayaan negara :
o Aspek sosial - Perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa,
peningkatan taraf pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan
masyarakat madani yang serba boleh serta berakhlak tinggi
o Aspek ekonomi - Kemajuan dalam ICT, MSC, perubahan ekonomi
pertanian kepada ekonomi perindustrian, sistem perbankan yang
mempunyai kewangan yang kukuh, taraf hidup rakyat meningkat, kadar
ekonomi meningkat
o Aspek politik - Kestabilan ekonomi yang disegani oleh masyarakat
antarabangsa, penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa, hubungan
baik dengan semua negara di dunia
o Kejayaan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menjalankan
pembedahan telinga bionik pertama untuk memulihkan pendengaran
o Pelancaran MEASAT 1 pada 13 Jan 1996
o Kejayaan teknologi pertanian yang mencipta kaedah kacukan tanaman
1.8 Kerajinan
• Ciri individu yang rajin :
o Tidak tidur berlebihan
o Tidak membazirkan masa
o Sentiasa mematuhi masa
o Sentiasa ingin mencuba melakukan sesuatu yang baru
o Melaksanakan kerja tanpa bertangguh
o Melakukan kerja mengikut jadual
• Sikap kerajinan dilihat melalui :
O Masa bekerja yang panjang
o Bekerja dengan tekun
o Bekerja dengan menggunakan tenaga tempat kerat (tanpa menggunakan
teknologi moden)
o Memunggah batu-batan yang diperlukan dengan kudrat sendiri
• Cara untuk berjaya dalam bidang yang diceburi:
o Amalkan sikap kerajinan
o Tidak berputus asa
o Sentiasa memikirkan cara baru untuk berjaya
13

