Page 20 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 20
1.12 Kesederhanaan
• Amalan kesederhanaan dalam kehidupan harian
o Berjimat cermat
o Bertutur dengan sopan
o Berpakaian sesuai dengan situasi dan adat
o Membeli barangan perlu sahaja
o Menggunakan tenaga elektrik dan air dengan tidak membazir
o Bersyukur dengan setiap nikmat yang diterima
• Ciri-ciri kesederhanaan yang terdapat dalam pelbagai agama
o Pertuturan – bercakap dengan sopan, tidak menyinggung perasaan orang lain
o Pemikiran – mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan sehingga
menjejaskan orang lain
o Perlakuan – merancang perbelanjaan supaya tidak boros, berbelanja mengikut
kemampuan, berpakaian sesuai Kesan sekiranya pembentukan dasar kerajaan
tidak menitikberatkan nilai kesederhanaan
o Hubungan manusia dengan manusia
▪ melahirkan manusia yang bersaing secara tidak sihat
▪ tidak mengendahkan kebajikan golongan minoriti dan
kurang berupaya
▪ sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kehidupan
mewah
▪ akan melupakan agama dan bertindak dengan
tidak berperikemanusiaan
o Hubungan manusia dengan alam sekitar
▪ setiap projek pembangunan tidak mengambil kira kesan
terhadap alam sekitar
▪ akan berlaku kemusnahan alam yang teruk
▪ penipisan lapisan ozon
▪ pencemaran
▪ kesan rumah hijau
• sebab dasar kerajaan menitikberatkan keseimbangan dalam pembangunan insan dan
fizikal :
o dapat melahirkan rakyat yang bukan sahaja cekap tetapi juga bermoral
o semua rakyat dapat merasai kekayaan negara agar tiada golongan
yang teraniaya atau terabai
o dapat melahirkan golongan pekerja yang jujur dan tidak menyeleweng
dalam menjalankan tugas
o keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan sejajar dengan
pembangunan fizikal
18

