Page 13 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 13

o  Tun Abdul Razak – suka merendah diri dan berjiwa rakyat
                                 o   Mahatma Ghandi – sentiasa merendah diri dan tidak suka akan kekerasan
                                     serta memandang serius tentang pembinaan peribadi mulia
                       •  Cara mempertahankan pendapat anda ketika perbincangan kumpulan yang
                           menunjukkan sikap hemah tinggi :
                                 o  Mengemukakan pendapat yang dipertahankan dengan cara yang sopan dan
                                     mengikut giliran
                                 o  Memberikan bukti-bukti bahawa pendapat anda adalah lebih baik dengan
                                     tidak meninggikan suara
                                 o  Tidak memandang rendah pendapat ahli lain dalam kumpulan
                                 o   Mempertimbangkan pendapat ahli secara rasional
                       •  Cara menunjukkan nilai hemah tinggi jika tidak bersetuju dengan pendapat ibu bapa
                           tentang pemilihan kerjaya :
                                 o  Mendengar dengan teliti tentang pendapat mereka
                                 o  Menjelaskan sebab tidak bersetuju dengan pendapat mereka, dengan tutur
                                     kata yang sopan dan tidak meninggikan suara
                                 o  Menerima pendapat mereka sekiranya mempunyai alasan yang munasabah
                       •  Cara menunjukkan nilai hemah tinggi jika ingin mempertahankan pendapat anda
                           ketika perbincangan kumpulan :
                                 o  Mengemukakan pendapat yang dipertahankan dengan sopan dan mengikut
                                     giliran
                                 o  Memberikan bukti-bukti bahawa pendapat anda adalah lebih baik dengan
                                     tidak meninggikan suara
                                 o  Tidak memandang rendah pendapat ahli lain dalam kumpulan
                                 o  Mempertimbangkan pendapat ahli lain secara rasional

                      1.6 Toleransi
                       •  Bukti rakyat Malaysia mengamalkan toleransi
                                 o  Masyarakat menerima hakikat negara kita
                                   yang kaya dengan pelbagai kebudayaan
                                   seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya
                                 o  Menerima dan menyambut perayaan pelbagai kaum bersama
                                 o  Bersama-sama melibatkan diri secara aktif atau sebagai penonton dalam
                                   pelbagai upacara keagamaan seperti perarkan Maulud Nabi, perarakan
                                   Hari Wesak
                                 o Bersama-sama terlibat dalam pertunjukkan di peringkat kebangsaan atau
                                   antarabangsa. Contohnya perarakan Hari Kebangsaan, pertunjukan
                                   kebudayaan Citrawarna, pertunjukan pembukaan Sukan Komanwel dan
                                   sebagainya
                       •  Kebaikan amalan toleransi dalam kehidupan bermasyarakat :
                                 o  Dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum atau golongan
                                     tertentu
                                 o  Menjamin keharmonian hidup nermasyarakat



                                                                 11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18