Page 40 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 40
o Memberi mereka layanan yang adil dan saksama sebagai seorang yang
normal
o Supaya mereka boleh hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang
lain
• Peranan dan sumbangan golongan kurang berupaya.
o Politik
▪ Mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya
▪ Menyertai parti-parti politik sebagai ahli biasa atau ahli politik
▪ Mengundi semasa pilihanraya
o Ekonomi
▪ Menghasilkan barangan kraf tangan seperti barangan rotan
▪ Menghasilkan pakaian seperti stoking
▪ Menjadi pekerja mahir atau separa mahir
o Sosial
▪ Menyertai majlis-majlis sosial
▪ Menyokong aktiviti organisasi golongan kurang berupaya
▪ Membentuk sebahagian daripada rangka sosial o Pendidikan
▪ Memberi latihan kemahiran dan vokasional kepada golongan yang
kurang berupaya
▪ Melahirkan golongan kurang berupaya yang berkeyakinan diri dan
boleh berdikari
▪ Meringankan beban masyarakat
o Kesihatan
▪ Menyertai program-program rawatan fisioterapi di hospital
kerajaan atau swasta.
▪ Memperbaiki kualiti kehidupan golongan kurang berupaya
• Cara mengiktiraf golongan kurang berupaya
o Memberi ganjaran kepada golongan kurang berupaya yang bekerja
dengan tekun dan rajin
o Memberi perlindungan insurans
o Menawarkan kenaikan pangkat kepada mereka yang cemerlang dalam
tugas
o Menyediakan kemudahan asas yang sesuai dengan keadaan mereka seperti
kerusi roda, tandas khas
o Menjaga kebajikan mereka seperti pekerja yang lain
• Cara membantu mereka untuk berdikari
o Menyediakan tempat yang sesuai bagi mereka menjalankan perniagaan
selepas menjalani latihan
o Menyediakan bantuan modal atau pinjaman bagi mereka memulakan
perniagaan
o Memberi peluang bagi mereka bekerja di syarikat, kilang, pejabat,
restoran
38

