Page 41 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 41
5.5 Melindungi hak pengguna
• Usaha-Usaha mempertahankan dan melindungi Hak Pengguna
o Akta Perlindungan Pengguna 1999
▪ Usaha murni mengangkat taraf pengguna di Malaysia
▪ Mewujudkan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) yang
berperanan memberi maklum balas dan pandangan kepada menteri
tentang hal yang berkaitan dengan kepentingan pengguna.
▪ 7 akta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP), iaitu:
• Akta Kawalan Harga 1946
• Akta Kawalan Bekalan 1961
• Akta Timbanga dan Sukat 1972
• Akta Perihal Dagangan 1972
• Akta Sewa Beli 1967
• Akta Hakcipta 1987
• Akta Jualan Langsung 1993
o Tribunal Tuntutan Pengguna
▪ Antara objektif :
▪ Mendengar dan mengadili tuntutan pengguna tidak melebihi
RM5000
▪ Saluran atau kemudahan alternatif kpd seseorang pengguna
untuk menuntut rugi dgn cara mudah, murah dan cepat
o Dasar Pengguna Negara (DPN)
▪ Matlamat:
• Memastikan tahap perlindungan terbaik kepada pengguna
dari aspek perundangan
• Menjamin setiap undang-undang menyediakan peruntukan
yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah
terhadap penipuan pembekal / pengilang dan sistem
penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat
▪ Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan
bertanggungjawab dalam segala aspek pengeluaran, promosi dan
penentuan harga supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna
dan keselamatan serta menggalakkan pendekatan keuntungan
bersama
o Pertubuhan Pengguna Antarabangsa (CI)
▪ Badan induk yang memperjuangkan lapan hak pengguna yang
universal.
39

