Page 9 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 9
BIDANG 1 : PERKEMBANGAN DIRI
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
• Segala perbuatan manusia tetap akan dibalas oleh Tuhan
• Perbuatan yang baik akan dibalas baik oleh Tuhan
• Manusia yang menunaikan tanggungjawab mengikut suruhan Tuhan akan dibalas baik sepenuhnya
oleh Tuhan
• Semua manusia mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan
• Manusia mesti bersyukur dan berterima kasih atas kurnian dan pemberian Tuhan Manusia mesti
memuji dan menyanjung layanan baik yang diberikan oleh Tuhan Sebab sesetengah manusia abaikan
suruhan Tuhan:
o Tamak
o Pentingkan diri sendiri
o Kurang ilmu
1.2 Amanah
• Objektif “Bersih, Cekap, Amanah“ (BCA)
o Mewujudkan satu etika kerja dan perkhidmatan yang memberi keutamaan bagi meningkatkan
hasil dan mutu kerja serta semangat dan motivasi pekerja
• Implikasi rasuah terhadap diri :
o Kehilangan pekerjaan
o Kehilangan kepercayaan masyarakat
o Trauma emosi dan psikologi
o Mengalami keaiban kerana dipenjarakan atau dijatuhi hukuman
• Implikasi terhadap keluarga :
o Mengaibkan keluarga
o Dipandang rendah oleh masyarakat
o Timbul sikap prasangka dan benci-membenci
o Ketidakharmonian dalam keluarga
• Implikasi terhadap negara :
o Menjejaskan perkembangan ekonomi negara
o Hilang kepercayaan pelabur-pelabur
o Kenaikan harga barang
o Pentadbiran negara lemah
• Tindakan kerajaan dalam menangani isu rasuah :
o Memperkenalkan kempen dengan menandatangani borang Kepimpinan Melalui Teladan
(Tujuan Kempen Kepimpinan Melalui Teladan ialah untuk menanam dan memupuk ciri-ciri
kepimpinan yang berkesan khususnya di kalangan kakitangan kerajaan)
o Setiap kakitangan kerajaan mengangkat sumpah Aku Janji untuk bertugas dengan amanah
o Menandatangani Akta Rahsia Rasmi sebelum memulakan tugas
7

