Page 11 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 11

1.3 Harga diri
                       •  Kepentingan menjaga maruah diri :
                               o Dihormati oleh anggota masyarakat
                               o Imej keluarga terpelihara
                               o Tidak dipandang rendah oleh masyarakat
                       •  Cara mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan sumbang:
                               o  Ajaran agama: Setiap agama mendidik umatnya berkelakuan baik. Orang
                                  yang berkelakuan buruk akan mendapat pembalasan.
                               o  Mematuhi  undang-undang  dan  peraturan:  Mengelakkan  seseorang  daripada
                                  berbuat perkara yang tidak baik. Contoh- individu yang melakukan perbuatan
                                  sumbang akan dijatuhi hukuman yang berat.
                               o  Menurut nasihat ibu bapa : Mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan
                                  sumbang. Ibubapa inginkan anak mereka berkelakuan baik dan mentaati agama
                       •  Cara remaja dapat mengelakkan daripada terlibat dalam gejala sosial :
                                o Berpegang teguh pada ajaran agama
                               o Menuruti nasihat ibu bapa
                               o Tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang sering berpelesiran
                               o Memenuhi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah

                      1.4 Bertanggungjawab
                       •  Pengurusan masa secara bijaksana
                               o Merancang masa belajar
                                        ▪  Merancang dengan sistematik
                                        ▪  Menyediakan jadual pengurusan masa harian
                                        ▪  Mempunyai visi dan misi untuk berjaya
                                        ▪  Mengenal pasti kepentingan pengurusan masa belajar untuk
                                          mencapai kecemerlangan
                                        ▪  Mematuhi jadual pengurusan masa
                                o Merancang masa untuk aktiviti ko-kurikulum
                                        ▪  Jadual pengurusan masa
                                        ▪  Mengagihkan masa
                                        ▪  Meluangkan masa untuk aktiviti
                                        ▪  Menyedari kepentingan menjalani aktiviti
                                 o Merancang masa untuk keluarga
                                        ▪  Jadual pengurusan masa harian dan mematuhinya
                                        ▪  Menyedari kepentingan menghabiskan masa bersama keluarga
                                        ▪  Memastikan masa yang mencukupi diperuntukkan o Merancang
                                          masa istirehat / hobi
                                        ▪  Demi kesihatan dan kecerdasan mental
                                        ▪  Jadual pengurusan masa harian
                                        ▪  Merancang masa dengan bijaksana




                                                                 9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16