Page 10 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 10
• Sikap amanah perlu lahir dari hati :
o Individu sewajarnya menyedari bahawa tugas yang dipertanggungjawabkan merupakan
amanah yang perlu dipelihara
o Menyedari perbuatan tidak amanah akan mendapat balasan daripada Tuhan
o Menyedari akibat buruk terhadap diri, keluarga dan negara sekiranya tidak bersikap amanah
• Cara anda menunjukkan amanah terhadap tugas :
o Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil
o Tidak menerima rasuah
o Tidak membocorkan rahsia kerajaan
• Kesan tidak amanah :
o Hilang kepercayaan masyarakat
o Kemungkinan hilang pekerjaan
o Mengaibkan keluarga
o Dipandang rendah oleh masyarakat
• Cara-cara untuk menangani rasuah sekiranya anda seorang pemimpin negara :
o Menggubal undang-undang yang menetapkan hukuman berat terhadap pemberi dan
penerima rasuah
o Melucutkan jawatan individu yang didapati mengamalkan rasuah
o Menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
menjauhi rasuah
o Melantik pegawai khas untuk menyelia jabatan yang dianggap mempunyai risiko yang tinggi
dalam pengamalan rasuah
• Perbuatan yang dianggap melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 :
o Membocorkan rahsia negara o Menyimpan barang larangan o Bersubahat dengan musuh
negara
• Kepentingan pegawai kerajaan bersikap amanah semasa menjalankan tugas rasmi kerajaan :
o Akan disegani / dihormati
o Akan dipercayai
o Berpeluang menikmati kenaikan pangkat
o Kehidupan keluarga bahagia
o Masyarakat harmoni
o Negara aman dan makmur
• Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) / Badan Pencegah Rasuah (BPR) :
o Ditubuhkan pada tahun 1957
o Bidang kawalan merangkumi sektor swasta, orang awam, dan ahli-ahli politik
o Peranan : mencegah dan menghapuskan segala bentuk rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa yang ditegah oleh undangundang
• Cara anggota masyarakat bekerjasama dengan SPRM bagi menangani rasuah :
o Melaporkan kegiatan rasuah atau pecah amanah yang dilakukan
o Tidak memberi dan menerima rasuah
o Sentiasa mematuhi peraturan
8

