Page 29 - Buku Pengurusan 2021
P. 29

8.      PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
                       8.1    Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pelajaran.
                       8.2    Pihak  sekolah  bertanggungjawab  menyediakan  semua  pelajar  bagi  peperiksaan  yang
                              ditetapkan di bawah Akta Pelajaran 1996.
                       8.3    Sistem  Peperiksaan  Kebangsaan  hendaklah  dilaksanakan  berlandaskan  pentaksiran
                              berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif.
                       8.4    Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur
                              dan  mekanisme  yang  telah  ditetapkan  yang  memperincikan  bilangan  peperiksaan  dan
                              ujian  seragam  setahun,  dasar  peratusan  markah  untuk  semua  tingkatan,  format
                              peperiksaan,  jadual  pengawasan,  rekod  markah,  syarat  lulus,  jadual  spesifikasi  ujian,
                              ‘content skill’ dan post mortem peperiksaan.
                       8.5    Jawatankuasa ‘Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua
                              data  yang  berkaitan  dengan  peperiksaan  dengan  mengkaji  ‘take  off  value’  dan
                              meletakkan ‘ETR’ bagi peperiksaan awam.

               9.      KSSM
                       9.1    Dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan,
                              pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran,
                              perekodan dan pelaporannya.
                       9.2    Dilaksanakan  dalam  bentuk  pentaksiran  formatif.  yang  seiring  dengan  proses
                              Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan dalam bentuk pentaksiran sumatif di akhir
                              unit pembelajaran, bulan, penggal atau tahun.
                       9.3    Komponen utama  dalam  proses  PdP  kerana  pentaksiran  ini  berperanan  mengukuhkan
                              pembelajaran  murid,  meningkatkan  keberkesanan  pengajaran  guru  serta  mampu
                              memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam
                              satu-satu proses PdP.
                       9.4    Pentaksiran Rujukan Standard
                              9.4.1  Proses  mendapatkan  maklumat  tentang  sejauh  mana  murid  tahu,  faham  dan
                                     boleh  buat  atau  telah  menguasai  apa  yang  dipelajari  berdasarkan  pernyataan
                                     standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
                                     dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
                       9.5    Rujukan Standard
                              9.5.1  Menghuraikan gambaran keseluruhan tentang pertumbuhan pembelajaran murid
                                     (tahap pencapaian) berdasarkan pernyataan standard.
                              9.5.2  Melapor  prestasi  murid  dalam  pembelajaran  dengan  menerangkan  tentang
                                     kemajuan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard.
                              9.5.3  Tiada had kepada peratusan murid untuk mencapai sesuatu standard.
                              9.5.4  Taburan markah / gred tidak ditetapkan.
                              9.5.6  Pelaporan adalah serasi dengan kehendak pelajaran.
                              9.5.7  Dokumen  Standard  Kurikulum  (DSK)  dibangunkan  oleh  BPK.  Dokumen  ini
                                     mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam
                                     proses PdPc.
                              9.5.8  Dokumen  Standard  Prestasi  (DSP)  dibangunkan  oleh  LP.  Dokumen  ini
                                     mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut
                                     tahap-tahap  pencapaian  seperti  yang  dihasratkan  dalam  Dokumen  Standard
                                     Kurikulum.
                       9.6    Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah
                              9.6.1  Permulaan  proses  PdPc,  guru  merancang  perkara  yang  akan  diajar  dengan
                                     memilih  kandungan  mata  pelajaran  yang  terdapat  dalam  dokumen  kurikulum.
                                     Guru  akan  menentukan  kaedah  pengajaran,  menyediakan  bahan-bahan
                                     pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut
                                     kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru.
                              9.6.2  Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang
                                     diajar. Pentaksiran boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan


                                                             28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34