Page 24 - Buku Pengurusan 2021
P. 24

4.      Panduan Menulis Kehadiran Pelajar Dalam Jadual Kedatangan
                       4.1.   Dalam APDM , guru sila guna tanda-tanda seperti berikut :

                  Hadir         Untuk pelajar yang hadir / Hadir di bilik sakit                       ( / )
                                Untuk pelajar yang tidak hadir tapi ada surat akuan/surat doktor atau diakui
                  Tidak Hadir                                                                        ( S )
                                oleh ibu bapa/penjaga
                               a.  Untuk pelajar yang tidak hadir dan tidak ada surat akuan/surat doktor/
                                   atau  diakui  oleh  ibu  bapa/penjaga  atau  keterangan-keterangan  yang
                                   boleh diterima oleh Pengetua/Guru Tingkatan secara lisan atau bertulis,

                  Ponteng          atau                                                              ( P )
                               b.  Untuk  pelajar  yang  tidak  hadir  3  hari  berturut-turut  (dan  tidak
                                   menunjukkan apa-apa keterangan) atau selang 2 hari dan seterusnya,
                                   boleh dimasukkan dalam kategori ponteng.
                  Lewat         Untuk pelajar yang datang lewat                                      ( L )


                       4.2.   Prosedur : Ketidakhadiran Pelajar Ke Sekolah (Ponteng)

                                           Tarikh Hari Tidak
                           Surat           Hadir ( P )              Hari tidak hadir ( P )    Tindakan
                                                                    Bukan Berturut-turut
                                           Berturut-turut
                   Amaran Pertama          Pada hari ketiga (3)     Pada hari kali ke-10   Surat Biasa

                   Amaran Kedua            7 hari selepas           10 hari lagi           Surat Berdaftar
                                           Amaran Pertama           Selepas amaran
                                                                    Pertama

                   Amaran Ketiga           7 hari selepas           20 hari selepas        Daftar Akuan
                                           Amaran Kedua             Amaran Kedua           Terima

                   Buang Sekolah           14 hari selepas          20 hari selepas        Daftar Akuan
                                           Amaran Ketiga            Amaran Ketiga          Terima
                                                                    60 hari bukan
                   Jumlah hari tidak hadir         31 Hari
                                                                    berturut-turut

                       4.3.   Pelajar  yang  tidak  hadir  3  hari  berturut-turut  tanpa  sebab  atau  selalu  ponteng,  Guru
                              Tingkatan perlu bertindak dengan menghantar surat amaran 1, sekiranya tiada menerima
                              sebarang jawapan, sila hantar Surat Berdaftar. Serah amaran ke 3/terakhir dan jika tiada
                              jawapan, sila berjumpa Pengetua, Penolong Kanan HEM sebelum nama murid tersebut
                              dipotong.
                       4.4.   Surat  amaran  boleh  didapati  di  pejabat  dan  ditandatangani  oleh  Pengetua/Penolong
                              Kanan HEM.
                       4.5.   Sila sediakan 3 salinan surat (1 salinan disimpan guru, 1 salinan disimpan di pejabat dan
                              1 salinan dihantar kepada ibu bapa/penjaga)
                       4.6.   Guru Tingkatan seharusnya menghubungi ibu bapa/penjaga murid dengan kadar segera
                              sebelum masalah ponteng semakin rumit.

                 5.   Fail Peribadi Murid
                       5.1.   Setiap pelajar mesti mempunyai fail peribadi murid.
                       5.2.   Fail ini hendaklah dikemaskinikan dari semasa ke semasa dan disimpan di tempat yang
                              selamat.  Semua  butiran  dan  maklumat  pelajar  mesti  disimpan  di  dalam  fail  ini.  Antara
                              kandungan fail ini ialah;
                              5.2.1.  Borang  maklumat  peribadi  murid  serta  salinan  surat  beranak,  kad  pengenalan
                                     murid dan ibu bapa.
                              5.2.2.  Slip keputusan peperiksaan / ujian.
                                                             23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29