Page 26 - Buku Pengurusan 2021
P. 26

DASAR KURIKULUM


               1.      MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1 - 3)
                       1.1    Bagi semua Mata Pelajaran MESTI mencapai markah minimum 85%
                       1.2    Pentaksiran / pelbagai instrumen dilaksanakan sepenuhnya untuk semua pelajar.

               2.      MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 - 5)
                       2.1.   Setiap pelajar MESTI mencapai markah minimum seperti berikut:
                              Subjek Teras         :       Markah Minimum 80%
                              Subjek Elektif       :       Markah Minimum 70%
                       2.2    Sasaran Gred Purata peringkat sekolah bagi Tingkatan 4 dan SPM akan ditentukan dalam
                              Mesyuarat Kurikulum Sekolah.

               3.      MAJLIS PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH
                       3.1    Mesyuarat  Jawatankuasa  Kurikulum  mestilah  dilaksanakan  sekurang-kurangnya  empat
                              kali  setahun  bagi  membincangkan  pengurusan  dan  pelaksanaan,  masalah  dan  isu
                              kurikulum di sekolah.
                       3.2    Setiausaha Jawatankuasa dilantik dalam kalangan Guru Kanan Mata Pelajaran.
                       3.3    Semua  perkara  yang  telah  dibincangkan  dan  diputuskan  di  dalam  Mesyuarat
                              Jawatankuasa  Kurikulum  mestilah  dimaklumkan  dan  dibincangkan  pelaksanaannya  di
                              dalam  Mesyuarat  Panitia  dan  maklumbalas  yang  sewajarnya  mestilah  disampaikan
                              kepada Setiausaha Jawatankuasa.
                       3.4    Jawatankuasa  mestilah  sentiasa  membuat  pemantauan  dan  penilaian  impak  terhadap
                              pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran
                              beserta ketua-ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

               4.      PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
                       4.1.   Pengurusan Panitia Mata Pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/1986.
                       4.2.   Kejayaan murid dalam mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam, motivasi dan bakat
                              adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Panitia Mata
                              Pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama,
                              saling  membantu,  berkongsi  fikiran,  pengalaman  dan  kepakaran  untuk  memperbaiki
                              kecekapan dan keberkesanan pengajaran.
                       4.3.   Semua perancangan  dan tindakan  panitia  mestilah  sentiasa  merujuk  kepada  TOV  dan
                              ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran dalam panitia.
                       4.4.   Pengurusan  panitia  mestilah  menjadi  keutamaan  dan  oleh  itu  fail-fail  panitia  mestilah
                              sentiasa dikemaskini supaya guru boleh sentiasa merujuk.
                       4.5.   Semua Mesyuarat Panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas Mesyuarat
                              Kurikulum dan Mesyuarat Panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit
                              Mesyuarat Panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui S/U Kurikulum.
                       4.6.   Setiausaha  Panitia  hendaklah  menyelenggara  fail-fail  panitia  dan  semua  minit  atau
                              laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh
                              ketua-ketua panitia.
                       4.7.   Minit  Mesyuarat  Panitia  hendaklah  ditaip dengan  menggunakan  komputer saiz A4  dan
                              diserahkan ke pejabat untuk salinan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran serta
                              satu salinan hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Panitia Mata Pelajaran di sudut panitia.
                              4.7.1  Agenda Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran;
                                     Ucapan Pengerusi.
                                     Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
                                     Perkara berbangkit.
                                     Merancang/ melaksanakan/ meneliti program
                                     Kecemerlangan SPM
                                     Mengkaji  dan  menganalisis  keputusan  PPT,  PAT  dan  peperiksaan  percubaan
                                     serta  mengambil  langkah-langkah  mengatasi  kelemahan/  pengukuhan/
                                                             25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31