Page 25 - Buku Pengurusan 2021
P. 25
5.2.3. Kad Rawatan Pesakit Luar.
5.2.4. Surat-surat cuti dan lain-lain perkara yang berhubung dengan maklumat pelajar.
6. Buku Pelaporan Kokurikulum Pelajar
6.1. Setiap pelajar seharusnya dipastikan mempunyai Buku Pelaporan Kokurikulum. Buku ini
dikutip setiap penggal untuk ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum.
6.2 Guru Tingkatan akan memastikan maklumat penglibatan dalam Kokurikulum dicatat
dalam Buku Pelaporan Kokurikulum tersebut.
7. Kuasa Mengutip Bayaran Tambahan
7.1. Semua Guru Tingkatan mestilah mendapat surat kuasa mengutip bayaran tambahan
murid.
7.2. Rujuk Pekeliling Sekolah untuk mengetahui jenis, jumlah dan tarikh akhir kutipan mesti
dibuat.
7.3. Resit hendaklah diberikan serta-merta kepada murid yang membuat bayaran.
8. Jawatankuasa Organisasi Kelas
8.1. Guru Tingkatan hendaklah memastikan sesorang pelajar yang memegang jawatan induk
di kelas adalah pelajar yang bertanggungjawab, boleh diteladani, memahami
tanggungjawab dan sedia berkhidmat.
8.2. Guru Tingkatan hendaklah memastikan bahawa Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber tidak dilantik untuk memegang jawatan induk di kelas.
8.3. Guru Tingkatan wajib melaksanakan SOP penutupan kelas sebelum cuti sekolah dan
SOP pembukaan kelas selepas cuti sekolah.
9. Susunan Pelajar Dalam Kelas
9.1. Guru Tingkatan diminta memastikan susunan pelajar dan kedudukan kerusi meja di kelas
masing-masing kemas dan selesa.
9.2. Setiap kelas dikehendaki menyusun kerusi meja secara berkembar sahaja atau mengikut
kreativiti Guru Kelas.
10. Majlis Warden Asrama
10.1. Warden asrama hendaklah memantau rumah masing-masing di antara jam 7.00 pagi
hingga 8.10 pagi setiap hari.
10.2. Warden bertugas wajib bertugas dua orang sehari dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 pagi
keesokan harinya.
10.3. Warden wajib membuat laporan bertugas harian dan laporan makan setiap hari.
10.4. Warden hendaklah melaksanakan SOP penutupan asrama sebelum cuti sekolah dan
SOP pembukaan asrama untuk persediaan sesi persekolahan.
10.5. Warden hendaklah memantau disiplin setiap penghuni di rumah masing-masing.
10.6. Warden hendaklah memastikan Budaya 5S diamalkan di rumah masing-masing.
11. Tugasan Lain
11.1. Guru Tingkatan diminta mengisi borang maklumat aktiviti Kokurikulum pelajar dan rumah
sukan, kemaskini maklumat pelajar dan juga markah peperiksaan bagi kelas masing-
masing dan serahkan kepada Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk
difailkan.Sila rujuk Buku Pengurusan dan Agihan Tugas S.T.A.R 2021, untuk makluman
dan panduan dari semasa ke semasa.
Peringatan Khas :
Sebarang cuti tanpa kebenaran / kelulusan daripada pihak pentadbiran, gaji guru berkenaan akan
dipotong dan tindakan tatatertib boleh diambil. Pengetua diperingatkan pelepasan guru daripada tugas-
tugas hariannya kerana penglibatan dalam aktiviti luar sekolah, perlu dipastikan tidak menjejaskan
perjalanan dan pengurusan sekolah. Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998. Semua Guru dan Staf
Sokongan adalah Kakitangan Kerajaan yang tertakluk pada Perintah-perintah Am Kerajaan Malaysia
24

