Page 48 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 48

16.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
               16.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
               16.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk
               mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
               16.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

               16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus
               16.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain.
               16.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia.
               16.3.3. Minit curai oleh guru yang menghadiri kursus.

               17. KAJIAN TINDAKAN
               17.1.  Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
               17.2.  Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

               18. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN
               18.1.  Guru-guru  dinasihatkan  mengamalkan  dasar  penjimatan  dengan  menggunakan  Font
               Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left
               & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5
               18.2. Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin cetak di pejabat perlu
               mendapat  kelulusan  pentadbir.  Guru  juga  mempunyai  pilihan  untuk  menggunakan  mesin
               fotostat yang disewa di bilik guru.

               19. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
               19.1. Peperiksaan dalaman – semua murid Mencapai Tahap Minimum (MTM) setiap mata
               pelajaran.
               19.2. UPSR - Kuantiti Mencapai Tahap Minimum (MTM)  Keseluruhan 95% dan Kualiti
               Cemerlang Keseluruhan adalah mengikut ketetapan tahunan semasa.

               20. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
               20.1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat daerah,
               negeri dan kebangsaan.
               20.2.  Guru-guru  dan  murid  juga  digalakkan  mengambil  bahagian  dalam  pertandingan  yang
               dianjurkan oleh agensi- agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

               21. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
               21.1.      Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
               pendidikan negara .
               21.2.          Perubahan  boleh  dilakukan  dari  semasa  ke  semasa  mengikut  keputusan  pentadbir
               melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.


















                                                            40
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53