Page 47 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 47
13. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
13.1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan
Sekolah.
13.2. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya
dengan mengisi Lampiran PK 14/1 bagi mengemukakan cadangan pembelian buku dan
peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir
tahun persekolahan semasa.
13.3. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
13.4. 5 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun.
13.5. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang SUWA yang
diturunkan.
14. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
14.1. Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.4. PSS dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi semua mata pelajaran teras dan
juga semasa Program NILAM.
14.5. Bagi mata pelajaran selain dari mata pelajaran teras dibenarkan masuk ke PSS dengan
tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan
Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu.
14.6. Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke
PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah
secara terancang dan terkawal.
14.7. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru Media dengan dibantu
oleh Guru-guru bahasa.
14.8.Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Media.
14.9. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.
14.10.Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
15.1. Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan
panitia.Semua program mestilah disertakan dengan laporan.
15.2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
15.3. Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program akademik.
15.4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik
panitia berkenaan.
15.5. Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi
penyelarasan Program Akademik.
16. PERKEMBANGAN STAF
16.1. Kursus Dalaman
16.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas Kepada Guru
Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit
curai.
16.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi
bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur
kursus.
16.1.3. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah. Guru digalakkan menyimpan salinan untuk
keperluan sendiri.
39

