Page 44 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 44

11.8.3.  Sebarang  kes  rayuan  perlu  dibuat  secara  bertulis  dan  bergantung  kepada
               kekosongan.
               11.8.4  Kes  rayuan  akan  dipertimbangkan  di  dalam  Mesyuarat  Pengurusan  DLP  peringkat
               sekolah yang dianggotai oleh Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Penyelaras DLP sekolah
               dan guru-guru matapelajaran DLP.
               11.8.5  Keputusan  rayuan  akan  dimaklumkan  secara  bertulis  oleh  pihak  sekolah  dalam  masa
               sekurang-kurangnya 7 hari bekerja.
                11.8.6 Sebarang keputusan yang dibuat oleh panel rayuan adalah muktamad.

               11.9 Pemilihan Murid untuk Anugerah Akademik (Majlis Anugerah Kecemerlangan)
               11.9.1 Penganugerahan untuk kedudukan dalam kelas (Tempat pertama,kedua,ketiga).
               Tahap  2-  Diambil  daripada  keputusan  Peperiksaan  Akhir  Tahun  tahun  semasa,  dengan
               merujuk kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
               Tahap  1-  Diambil  daripada  laporan  PBD  sepanjang  tahun  berdasarkan  kriteria-kriteria  yang
               telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
               11.9.2 Penganugerahan untuk kedudukan dalam darjah (Tempat 10 terbaik).
               - Diambil daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
               tahun semasa, dengan merujuk kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
               11.9.3 Penganugerahan untuk mata pelajaran terbaik.
               - Diambil daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
               tahun  semasa,  dengan  merujuk  kepada  Sistem  Analisis  Peperiksaan  Sekolah  (SAPS).  Jika
               sekiranya berlaku persamaan markah atau ‘tie’ ,  markah dari ujian-ujian lain sepanjang tahun
               semasa akan diambilkira.
               11.9.4 Penganugerahan untuk Anugerah Khas Akademik
               . –  Kriteria pemilihan :
               i.  Mendapat  tempat  pertama  ,kedua  dan  ketiga  dalam  darjah  bagi  Peperiksaan  Pertengahan
               Tahun  dan  Peperiksaan  Akhir  Tahun  dengan  merujuk  kepada  Sistem  Analisis  Peperiksaan
               Sekolah (SAPS) tahun semasa.

               ii.  Bilangan  A  bagi  mata  pelajaran  teras  dalam  Peperiksaan  Pertengahan  Tahun  dan
               Ppeperiksaan Akhir Tahun tahun semasa.
               iii. Calon tergolong dalam 10 murid terbaik keseluruhan akademik.
               iv. Penglibatan aktif dan cemerlang dalam koakademik tahun semasa.
               v. Jika sekiranya berlaku persamaan markah atau ‘tie’ ,  markah dari ujian-ujian lain sepanjang
               tahun semasa akan diambilkira.
               11.9.5 Penganugerahan untuk Anugerah Khas Kokurikulum

               –  Kriteria pemilihan :
               i. Calon aktif dalam aktiviti kokurikulum peringkat sekolah tahun semasa.
               ii. Calon mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan dan persembahan kokurikulum di luar
               sekolah tahun semasa. Markah penglibatan dinilai mengikut system merit.
               iii. Calon menerima anugerah khas kokurikulum (unit uniform, permainan atau persatuan/kelab)
               pada Hari Kokurikulum peringkat sekolah , tahun semasa..
               v. Jika sekiranya berlaku persamaan markah atau ‘tie’ ,  markah dari aktiviti-aktiviti kokurikulum
               yang berkaitan pada sepanjang tahun semasa akan diambilkira.
                11.9.6 Penganugerahan untuk Anugerah Khas Sahsiah.
               i.  Calon  menerima  hadiah  anugerah  sahsiah  terbaik  semasa  Hari  Kanak-kanak  pada  tahun
               semasa.
               ii.  Calon  memegang  jawatan  dalam  unit  Hal  Ehwal  Murid.  Merit  akan  diberi  sekiranya  calon
               merupakan ketua pengawas atau pun ketua murid.
               iii. Calon mengamalkan amalan nilai murni yang boleh dicontohi sepanjang masa.
               iv. Kehadiran ke sekolah yang baik untuk tahun semasa.
               11.9.7 Pemilihan adalah dibuat oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dipengerusikan oleh Guru
               Besar. Sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.




                                                            36
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49