Page 45 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 45
12. PEMANTAUAN
12.1. Pengajaran dan Pembelajaran
12.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun secara
rasmi. Walau bagaimana pun pemantauan dan pencerapan boleh dilaksanakan pada bila-bila
masa yang dirasakan perlu oleh pihak pentadbiran.
12.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
12.1.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan dua kali setahun.
12.1.3. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
dicerap.
12.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-
masing.
12.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
12.2. Pengurusan Panitia
12.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata
pelajaran berkenaan.
12.2.2. Penolong Kanan Pentadbiran akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
12.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di
bilik Penolong Kanan Pentadbiran.
12.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan
Operasi.
12.2.5. Semua panitia perlu membuat laporan aktiviti tahunan dan diserahkan kepada guru
besar sebelum sesi persekolahan tahun semasa berakhir.
12.2.6. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort
tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
12.2.7. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi
tahun berikutnya.
12.2.8. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan
PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
12.3. Bilik-bilik Khas
12.3.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
12.3.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;
- Surau
- Bengkel Reka Bentuk Teknologi
- Bilik Sains
- Bilik Bahasa
- Bilik PSS
- Bilik SPBT
- Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani
- Bilik Pemulihan Khas
- Bilik Kaunseling
- Bilik Seni Budaya
- Bilik ICT
- Bilik Muzik
- Bilik Bahasa Cina
- Galeri
12.3.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.
12.3.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan
jelas bagi setiap bilik khas.
12.3.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan
sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.
37

