Page 43 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 43

11.2. Jadual Pengawasan
               11.2.1.  Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
               11.2.2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
               11.2.3.  Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.

               11.3. Rekod Markah
               11.3.1.  Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut
               tarikh yang ditentukan   oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak
               atau Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.
               11.3.2    Slip  keputusan  dilengkapkan  dan  diserahkan  kepada  semua  ibubapa  murid  bagi
               Peperiksaan Semester 1 dan 2.

               11.4. Syarat Lulus
               11.4.1 Penetapan gred atau skor adalah mengikut julat semasa yang digunapakai di peringkat
               KPM.

               11.5. Jadual Spesifikasi Ujian
               11.5.1.  Semua  penyedia  soalan  ujian  /  peperiksaan  penggal  diminta  menyediakan  JSU
               mengikut tahap kesukaran yang logik untuk murid cemerlang.
               11.5.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
               11.5.3.  Bagi  soalan  objektif  –  analisis  Item  mesti  disediakan  setiap  kali  selepas  ujian  /
               peperiksaan.
               11.5.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / guru Kanan atau Penolong Kanan
               Pentadbiran sebelum dicetak.

               11.6. Post Mortem Untuk Peperiksaan
               11.6.1.  Post  Mortem  secara  bertulis  disediakan  oleh  Ketua  Panitia  setiap  kali  keputusan
               Peperiksaan Semester 1 dan 2 dan Percubaan UPSR.
               11.6.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
               11.6.3. Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil tindakan
               sewajarnya.
               11.6.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM dan Kaunselor
               Sekolah.

               11.7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
               11.7.1.  Semua  Ketua  Panitia  perlu  memastikan  perlaksanaan  PBS  mengikut  tempoh  yang
               ditetapkan.
               11.7.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk
               mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.
               11.7.3.  Dokumentasi  berkaitan  PBS  hendaklah  difailkan  ke  dalam  fail  berkaitan  serta  boleh
               dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN, PPD
               dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal.
               11.7.4. Isi kandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan
               yang  telah  ditetapkan  oleh  Lembaga  Peperiksaan  Malaysia  yang  telah  didedahkan  kepada
               semua  guru  melalui  kursus  anjuran  Jabatan  Pelajaran  Negeri  Perak  dan  Pejabat  Pelajaran
               Daerah Kinta Utara serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah.

               11.8 Pemilihan Murid untuk Kelas Dual Language Programme (DLP)
               11.8.1 Semua murid Tahun 1 yang berminat untuk menyertai kelas DLP akan menduduki ujian
               diagnostic komprehensif yang merangkumi matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
               Matematik. Ujian ini merupakan kertas ujian tertutup yang perlu dikutip selepas ujian berakhir
               dan tidak boleh didedahkan kepada pihak luar.
               11.8.2  Murid  yang  memperolehi  markah  yang  cemerlang  di  dalam  matapelajaran  Bahasa
               Melayu,  Bahasa  Inggeris  dan  Matematik  akan  ditawarkan  untuk  mengikuti  kelas  DLP.  (35
               orang murid sahaja kerana hanya satu kelas DLP sahaja ditawarkan)



                                                            35
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48