Page 14 - E-FOLIO
P. 14
Kesimpulan
Rukun Negara menjadi satu titik permulaan ke arah
pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik
di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati
maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia
akan memudahkan proses pentadbiran negara
kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat –
menghormati antara satu sama lain tanpa warna
kulit, latar belakang dan sebagainya.
Kesimpulannya, masyarakat yang
mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling menghormati
satu sama lain . Perpaduan akan dapat membantu
negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan
pemerintahan ekonomi. Selain ekonomi,
mengekalkan kestabilan politik, sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan
demokratik .

