Page 12 - E-FOLIO
P. 12
Kepentingan RUKUN
NEGARA
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat
Semua rakyat hendaklah mendukung cita – cita untuk membentuk
satu bangsa dan negara di mana ahli – ahli masyarakatnya
menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan perbezaan kepercayaan masing – masing . Rakyat negara
ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai – bagai
perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana
wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun
wujud unsur – unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan
dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua
rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan
perasaan cinta terhadap negara .
2. Memelihara satu cara hidup demokratik
Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan – kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak
melanggar undang -undang negara . Tetapi hak – hak serta
kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama
demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi
memusnahkan demokrasi . Apabila berlaku sebarang masalah yang
melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah
didahulukan . Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih
daripada kepentingan suara kaum ,jika mahu , kestabilan dan
keselamatan negara berkekalan.
3. Mencipta sesebuah masyarakat yang adil
Semua anggota masyarakat mempunya peluang yang sama untuk
menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di
negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan
saksama . Bagi mencapai peluang tujuan ini , pihak -pihak yang
lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama
untuk bersaing dengan pihak – pihak yang lain yang lebih maju.
Masyarakat adil yang kita cita – cita itu bebas daripada penindasan
seseorang sesuatu golongan terhadap yang lain .

