Page 10 - E-FOLIO
P. 10

Kedaulatan




                                 undang-undang




                      Kedaulatan undang-undang bermaksud keadilan


                 diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap

                 rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

                 Undang-undang akan menjamin keselamatan hidup rakyat

                 di negara kita dan kesejahteraan kehidupan tanpa

                 sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat
                  akan merasa selamat. Rakyat mempunyai hak seperti

                  termaktub di dalam undang-undang negara dan diamalkan

                  dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang

                  serta Perlembagaan Persekutuan. Ramai antara kita telah

                  tahu tentang kewujudan konsep Kedaulatan Undang-
                 Undang atau rule of law. Ramai juga yang mungkin telah
                 mendalami maksud rule of law.



                      Bagi negara, Kedaulatan Undang-Undang merupakan

                 falsafah negara yang disenaraikan di nombor keempat

                 dalam Rukun Negara. Ini menunjukkan kepentingan prinsip

                 ini dalam negara kita. Kedaulatan undang-undang

                 mengandungi prinsip-prinsip bahawa semua orang dan
                  institusi tertakluk kepada dan bertanggungjawab kepada

                  undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. Ia membawa

                  maksud pentadbiran yang berlandaskan undang-undang;

                  bukan keraaan yang dipelopori oleh pemerintah semata-
                  mata. Oleh itu di bawah konsep kedaulatan undang-undang
                 membawa maksud  akauntabiliti kerajaan, akses yang

                 sama ke muka pengadilan, badan kehakiman yang cekap

                 dan undang-undang yang jelas, undang-undang umumnya
                 stabil dan perlindungan hak-hak asasi manusia.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15