Page 11 - E-FOLIO
P. 11

Kesopanan dan kesusilaan







                  Kesopanan dan Kesusilaan bermaksud menekankan


                 perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang

                 rakyat. Tingkah laku sopan mengandungi suatu darjah

                 kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan

                 persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi

                 panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara

                 dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan

                 nilai-nilai murni. Kesopanan dan kesusilaan berperanan


                  penting dalam membina sahsiah seseorang insan.Itu adalah


                 sebahagian daripada budaya masyarakat kita yang harus

                 disemai di kalangan warga ketika negara menuju untuk


                 mencapai status negara maju. Kelima prinsip ini memberi

                 penekanan terhadap aspek nilai kemanusiaan supaya setiap

                 warganegara boleh menghormati dan menerima perbezaan

                 masing-masing bagi kesejahteraan social.Kesopanan dan

                 kesusilaan itu juga membentuk bukan sahaja diri kita, tetapi

                  juga mempertahankan identiti nasional di peringkat

                  kebangsaan.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16