Page 13 - E-FOLIO
P. 13

4. Membentuk satu sikap yang liberal.



                        Masyarakat dalam negara ini bebas mengamalkan agama

                        dan adat resam serta kebudayaan masing – masing sesuai

                        dengan matlamat perpaduan negara. Kita sesungguhnya

                        mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam
                        yang negara diamalkan oleh masyarakat yang pelbagai
                        kaum .Walaupun ada perbezaan , semua anggota

                        masyarakat hendaklah bercita - cita untuk mewujudkan

                        satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan

                        itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan

                        kepada bangsa dan negara Malaysia .

                    5. Membina sebuah masyarakat progresif.



                        Kita bercita – cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat

                        progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan

                        teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini

                        serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini

                        sedang menyaksikan perubahan – perubahan yang begitu

                        cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi .
                        Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan

                          satu  masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan
                          kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadi

                        menjadikan Malaysia sebuah maju sebagaimana matlamat

                        Wawasan 2020 . Tetapi kemajuan tersebut tidak akan

                        menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas –
                        batas agama dan nilai – nilai ketuhanan.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16