Page 15 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 15

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021

            SYARAT KEMASUKAN

               i.   Terbuka kepada warganera Malaysia (Lelaki sahaja) yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada tahun
                    semasa.
               ii.   Lulus  Peperiksaan  PT3  dan  mendapat  sekurang-kurangnya  6A  termasuk  subjek  Matematik,  Sains,
                    Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab.
              iii.   Telah menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 20 Juzuk.
              iv.   Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat.
              v.    Lulus dalam proses temuduga.


                                              SEKOLAH PENARAFAN KBAT

            KBAT adalah satu elemen yang mesti diterapkan dalam PdPc agar murid yang belajar dapat membina tahap
            permikiran yang baik. Dengan proses ini murid dapat mebina kemahiran untuk keperluan kerjaya Abad ke 21.

            Keperluan kerjaya abad ke 21
                •   Komunikasi
                •   Teknologi maklumat dan komunikasi
                •   Kerja sepasukan
                •   Keusahawanan
                •   Kepimpinan
                •   Belajar sepanjang hayat
                •   Fleksibel
                •   Kebolehan menyesuaikan diri
                •   Berinisiatif dan terarah kendiri

            6  kemahiran berfikir yang perlu dikuasai murid
                1.  Kreatif
                2.  Kritis
                3.  Menaakul
                4.  Berinovasi
                5.  Menyelesai Masalah
                6.  Membuat Keputusan

            Kemahiran berfikir
            Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson
            (1900) iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.


            VISI KBAT SEKOLAH

            Menjadi Institusi Pendidikan Cemerlang Berasaskan Kepada Elemen KBAT

            MISI KBAT SEKOLAH

            Meningkatkan  kualiti  Pendidikan  yang  cemerlang  berasaskan  Quranik,  Ensiklopedik,  dan  Ijtihadik  melalui
            pelaksanaan PAK 21 dan memperkasa pembudayaan amalan KBAT dalam kalangan warga sekolah.

            MATLAMAT KBAT

                 1.   Menambah baik kualiti pembelajaran dan pengajaran berasaskan elemen KBAT
                 2.   Memperkasakan  bidang  koakademik  bagi  meningkatkan  nilai  dan  potensi  pelajar  serta  warga
                      sekolah
                 3.   Mengamalkan budaya pendidikan, inovasi dan profesionalisme keguruan berasaskan elemen KBAT
                 4.   Meningkatkan prestasi tadbir urus dan kepimpinan bagi memacu kecemerlangan sekolah




                                                                                                          | 7
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20