Page 13 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 13

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021



















                                                PROGRAM ULUL ALBAB

                    Pada Julai tahun 2005 program Ulul Albab telah diperkenalkan di Sekolah Menengah ‘imtiaz’ di mana
            ia mengabungkan sistem pembelajaran yang berfokuskan Al-Quran, Pembangunan  Sahsiah dan Kurikulum
            Bersepadu  Sekolah  Menengah  (KBSM).  Idea  ini  tercetus  ketika  mantan  Perdana  Menteri,  Y.A.B.  Dato’  Seri
            Abdullah  Bin  Haji  Ahmad  Badawi  berucap  di  Oxford  Universiti  di  mana  beliau  sering  kali  menyebut  dan
            menggunakan perkataan Ulul Albab di dalam ucapan beliau. Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab
            ini adalah untuk memartabatkan Negeri Terengganu sebagai pusat pengajian  Al-Quran yang terunggul di
            Malaysia.

            Di samping itu juga, kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan kemudahan serta prasarana pendidikan
            yang moden bagi pengajian Al-Quran dan juga dalam bidang Sains dan Teknologi bagi memastikan para
            pelajar berjaya di dalam kedua-dua bidang bagi melahirkan Ummatan Wasata (Umat Seimbang) dan program
            ini juga merupakan kesinambungan kepada para pelajar yang meminati bidang sains dan agama sebagai
            pendidikan alternatif untuk mereka.

            Matlamat utama pelaksanaan Program Ulul Albab di ‘imtiaz’ adalah tertumpu kepada tiga komponen utama
            iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik.  Kombinasi ketiga-tiga komponen ini telah diserapkan ke dalam sistem
            kurikulum di ‘imtiaz’.

            i.      QURANIK

                    Memetik kata-kata mantan Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Seminar Ulul Albab di
            Primula Beach Resort pada 21 September 2006, “Apabila seseorang itu mengamal Al Quran, dia adalah orang
            yang beriman dan bertakwa. Golongan yang digelar Quranik bukan sahaja boleh membaca Al Quran dengan
            baik dan betul tetapi juga memahami isinya dengan tepat serta mengamalkannya”. Di ‘imtiaz’, para pelajar
            didedahkan  dengan  program  hafazan  Al-Quran  dengan  menghafal  30  juzuk  Al-Quran  di  mana  sasaran
            hafazan  ialah  10  juzuk  setahun  selama  tiga  tahun  (Tingkatan  1  hingga  3)  dan  pengulangan  surah  akan
            dilakukan sewaktu pelajar berada di menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5).

            ii.       ENSIKLOPEDIK

                   Melahirkan generasi Ulul Albab yang berpengetahuan tinggi dan sebagai tempat rujukan.  Mempunyai
            pelbagai  kemahiran  dan bidang  ilmu  (multi-discipline)  serta  mampu  menguasai  pelbagai  bahasa  (multi-
            lingual).  Bagi  merealisasikan  konsep  tersebut,  ‘imtiaz’  telah  melaksanakan  pelbagai  program  termasuklah
            mengadakan program-program bahasa seperti:

                a.  Persatuan Bahasa Arab dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman dari Timur Tengah  .

                b.  Persatuan Bahasa Inggeris untuk memantapkan  Bahasa Inggeris, guru-guru dihantar ke luar negara
                    melalui  Program  Confratute  untuk  Program  SEM  (Schoolwide  Enrichment  Model)  sebagai  kursus
                    tahunan di University of Connecticut, USA.

                c.  Persatuan  bahasa-bahasa  lain  seperti  kelab  Bahasa  Arab  dan  Mandarin  serta  kelab  ICT   agar
                    pelajar  mahir dalam   pelbagai bahasa dan celik IT kreatif serta inovatif.



                                                                                                          | 5
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18