Page 14 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 14

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021

            iii.       IJTIHADIK

                    Melahirkan  generasi  yang  berkeupayaan  memberikan  pandangan  dalam  penyelesaian  umat  di
            samping berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi seperti Avionik, Robotik, Solarik dan Fotonik.

                    Aktiviti  Kokurikulum  elit  seperti  sukan  berkuda,  berenang  dan  memanah  juga  diadakan  bagi
            memantapkan  sahsiah  dan  perkembangan  minda  dan  fizikal  pelajar  di  samping  melahirkan  pelajar  yang
            versatil serta bersemangat kepimpinan.  Aktiviti-aktiviti seni  mempertahankan diri juga diadakan iaitu kelab
            taekwondo dan silat. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti badan beruniform iaitu Pengakap, PBSM,
            Kelab Remaja Sekolah, Nasyid, Dikir Arab, Puteri Islam serta persatuan-persatuan lain untuk melahirkan generasi
            Ulul Albab yang serba boleh dan seimbang.

                                 KURIKULUM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB

            LATAR BELAKANG
            Program pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab adalah satu program untuk melahirkan ilmuan Islam yang
            berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab) dan ia merupakan program
            perintis (pilot project) yang pertama di Malaysia. Program ini dicetuskan berdasarkan rasional-rasional berikut:

            RASIONAL
                1.  Kekurangan Pakar Siasah Syariah
                    Negara  kita  berasa  di  ambng  kritikal  yang  membabitkan  isu  permikiran  dan  kefahaman  falsafah
                    Islamiah  yang  sebenar.  Taktala  banyak  pandangan  dan  pendapat  yang  lahir  sehingga  berlaku
                    kekeliruan  dan  kepesongan  aqidah  dan  tiada  seorang  pun  yang  terkehadapan  dalam  mengulas
                    ijtihad siasi berasaskan dakta Islami. Ini kerana penguasaan ilmu Islami yang amat terbatas sehingga
                    banyak hal dan urusan terpaksa sehingga banyak hal dan urusan terpaksa diciplak daripada yang
                    bukan islam. Justeru itu, pakar-pakar dari kalangan Ulamak Rabbani perlu dilahirkan segera menerusi
                    program ini.

                2.  Kekurangan Pakar Rujuk Bidang Perubatan
                    Ini  kerana  banyak  isu  berkaitan  perubatan  yang  masih  kabur.  Hal  ini,  menyebabkan  hujahan  kita
                    berasaskan darurat sahaja. Sedangkan keperluan kepada ijtihad isu-isu lain yang berkaitan adalah
                    begitu kritikal. Dengan melahirkan ulamak dalam bidang berkaitan, Malaysia mampu menjasi peneraju
                    utama dalam menghasilkan produk-produk halal berkaitan perubatan seperti yang dicita-citakan oleh
                    kerajaan.

                3.  Kekurangan Pakar Kewangan Islam
                    Pasaran sistem kewanan Islam pada masa kini amat pesat berkembang namun Negara kita masih
                    kekurangan  ilmuan  Islam  yang  boleh  mengemukakan  ijtihad  muamalat  di  peringkat  global  untuk
                    menangani isu-isu terkini dan mutakhir yang perlu diselesaikan dengan secepat mungkin.

            OBJEKTIF

                •   Melahirakan Ulamak Rabbani yang pakar dalam agama Islam dan kehidupan. Ulamak yang memiliki
                    sahsiah dan keilmuan yang tinggi yang boleh disamatarafkan atau melebihi kesahsiahan dan keilmuan
                    tokoh-tokoh  Islam  ternama  Dr.  Yusuf  Al-Qaradhawi,  Dr.  Wahbah  Al-Zuhaili,  Dr.  Muhammad  Said
                    Ramadhan Al-Buti, Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar al-Syanqiti dan ramai laigi yang menjadi
                    bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.
                •   Mengisi kekosongan ilmuan dan kepakaran Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti syariah, akidah,
                    akhlak  (taswuf),  mualamat  dan  lain-lain  biang  keagamaan  yang  secara  langsung  mampu
                    dimartabatkan sebagai pakar rujuk bukan sahaja dalam negara malah juga luar negara.
                •   Sebagai barisan pelapis kepada ashab al-Samahah Mufti, Timbalan Mufti, Yang Arif Hakim Syarie dan
                    juga ahli ahli agama di Malaysia yang jelas bilanganya agak kurang dan kadar peningkatannya amat
                    perlahan.


            PENAWARAN PROGRAM

            Menawarkan 3 disiplin ilmu secara bersepadu iaitu:
                •   Pengajian Agama menerusi pembelajaran kutan Thurath (Kitab Tua)
                •   Pengajian Akademik dalam Bidang Sains Tulen
                •   Hafazan dan penghayatan Al-Quran






                                                                                                          | 6
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19