Page 10 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 10

“Kurikulum  Kebangsaan  ialah  suatu  program  pendidikan  yang  termasuk  kurikulum

                dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
                nilai,  unsur  kebudayaan  dan  kepercayaan  untuk  membantu  perkembangan

                seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi

                serta  untuk  menanam  dan  mempertingkatkan  nilai  moral  yang  diingini  dan  untuk
                 menyampaikan pengetahuan.”




              Pendekatan  aktiviti  kokurikulum  MBK  adalah  berdasarkan  kepada  garis  panduan

              kokurikulum. Namun,


               pelaksanaan  bagi  aktiviti  kokurikulum  MBK  perlu  dibuat  modifikasi  mengikut  tahap

              keupayaan  MBK  dan  masa  yang  fleksibel  tetapi  masih  tertakluk  kepada  dasar
              kokurikulum yang sedia ada.



              Dasar Kokurikulum

              Dasar utama kokurikulum bagi murid tahap 2 adalah wajib. Warta Kerajaan bertarikh,
              28  Disember  1967,  No.  5652  (Peraturan  Kursus  Pengajian)  Sekolah  1956,

              mendefinisikan  kokurikulum  sebagai  kegiatan  kumpulan  manakala  Warta  Kerajaan
              bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U (A)

              531,  Akta  Pendidikan  1996,  Peraturan-Peraturan  (Kurikulum  Kebangsaan)
              mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut:



              “Kegiatan  kokurikulum”  ertinya  apa-apa  kegiatan  yang  dirancang  lanjutan  daripada
              proses  pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  bilik  darjah  yang  memberikan  murid

              peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

              nilai yang dipelajari di bilik darjah.”















                                                           3
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15