Page 6 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 6
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Kerja Modul
Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas kerana berjaya menerbitkan
Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini. Kokurikulum
merupakan suatu wahana dalam sistem pendidikan untuk membentuk
kecemerlangan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek ke arah pembinaan kemenjadian
murid termasuk MBK.
Penerbitan Modul Kokurikulum MBK merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam menggalakkan aktiviti kokurikulum MBK secara lebih sistematik dan
terancang. Inisiatif mendokumentasikan Modul Kokurikulum MBK berserta strategik dan
panduan merupakan langkah berkesan dalam menyebarkan dan memberi kefahaman yang
jelas kepada guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum yang melibatkan MBK. Ini selaras dengan hasrat KPM dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Saya yakin dan percaya bahawa modul ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan penting
kepada warga pendidikan khas untuk merealisasikan aktiviti kokurikulum dengan lebih efektif.
Seterusnya dapat memahami misi dan visi KPM untuk melahirkan modal insan secara holistik.
Modul ini juga diharap dapat menjadi penyumbang kepada perpaduan, pemupukkan nilai murni
dan etika kepimpinan dalam kalangan warga pendidikan khas. Semoga dengan penerbitan
modul ini diharap akan memberi impak yang baik dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum
pendidikan khas.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. YASMIN BINTI HUSSAIN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
v

