Page 8 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 8

Pengenalan

              Kegiatan kokurikulum merangkumi tiga bidang utama, iaitu Kelab/ Persatuan, Pasukan
              Badan  Beruniform  dan  Sukan/  Permainan.  Penyertaan  dalam  ketiga-tiga  bidang  ini

              merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di
              sekolah  seperti  yang  termaktub  dalam  Peraturan-Peraturan  Pendidikan  (Kurikulum

              Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996-Seksyen 18

              dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah
              kerana  peranannya  sebagai  penyumbang  dan  pelengkap  kepada  PdPc  murid  serta

              pembentukan modal insan secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan
              psikomotor.



              Tujuan Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK) dihasilkan adalah sebagai
              panduan dan penjelasan tentang tatacara pelaksanaan kokurikulum bagi  MBK yang

              terdiri  daripada  dalam  kalangan  murid  kurang  upaya  penglihatan,  kurang  upaya
              pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal

              dan  kombinasi  beberapa  ketidakupayaan.  Kegiatan  kokurikulum  MBK  dijalankan
              mengikut dasar sedia ada namun perlu dibuat modifikasi di Sekolah Pendidikan Khas

              (SPK),  Program  Pendidikan  Khas  Integrasi  (PPKI)  dan  Program  Pendidikan  Inklusif

              (PPI).


              Isi kandungan Modul Kokurikulum MBK ini menggabungkan tiga bidang kokurikulum,
              iaitu badan beruniform, kelab/ persatuan dan sukan/ permainan. Setiap bidang tersebut

              mengandungi konsep, cara pengurusan dan contoh aktiviti yang boleh dijalankan pada
              setiap  sesi  perjumpaan  kokurikulum.  Guru  boleh  mengolah  dan  mempelbagaikan

              aktiviti mengikut keupayaan MBK. Dengan sebab itu, aktiviti kokurikulum akan menjadi

              lebih menarik, menyeronokkan  dan memberi makna kepada MBK.


















                                                           1
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13