Page 5 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 5

KATA ALU-ALUAN
                                        KETUA PENGARAH PELAJARAN  MALAYSIA






                                      Bismillahirrahmanirrahim

                                      Assalamualaikum  warahmatullahiwabarakatuh  dan  Salam
                                      Sejahtera.


                                      Sebagai  sebahagian  daripada  usaha  berterusan  kerajaan  untuk
                                      melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing dan lengkap
              dengan kemahiran baharu, Sektor Pendidikan memberi keutamaan terhadap pengurusan dan
              pelaksanaan  aktiviti  kokurikulum  di  sekolah.  Bagi  memastikan  pelaksanaan  yang  berkesan
              semua pihak yang terlibat dalam pengurusan kokurikulum di sekolah seharusnya merancang,
              mengurus  dan  melaksanakan  kegiatan  ini  secara  sistematik,  cekap  dan  berkesan  seiring
              dengan  keupayaan Murid Berkeperluan Khas (MBK).

              Saya  yakin  usaha  menerbitkan  Modul  Kokurikulum  Murid  Berkeperluan  Khas  (MBK),  boleh
              dijadikan panduan kepada guru untuk mengurus serta melaksanakan aktiviti kokurikulum di
              sekolah masing-masing. Penghasilan modul  ini secara langsung mewujudkan satu ruang dan
              peluang kepada guru untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menjayakan
              aktiviti kokurikulum seterusnya meningkatkan kemenjadian MBK.


              Harapan  saya,  penerbitan  modul  ini  dapat  menjadi  panduan  dan  rujukan  kepada  guru
              pendidikan  khas  khususnya  guru  penasihat  kokurikulum  dan  guru  arus  perdana  dalam
              menjayakan aktiviti kokurikulum MBK. Hanya dengan kesungguhan dan minat yang mendalam
              dalam  sesuatu  bidang,  pencapaian  MBK  dapat  dilonjakkan  dari  peringkat  sekolah  hingga
              peringkat antarabangsa.

              Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
              Malaysia atas kejayaan penerbitan Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang
              julung  kalinya  diterbitkan  sebagai  panduan  kepada  pihak  sekolah  khususnya  bagi  warga
              Pendidikan Khas di Malaysia. Semoga usaha ini menjadi penanda aras untuk penambahbaikan
              pada masa akan datang seiring dengan pembanhgunan pendidikan pada era globalisasi ini.
              Sekian, terima kasih


              DATUK DR. AMIN BIN SENIN
              Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
              Kementerian Pendidikan Malaysia











                                                           iv
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10