Page 9 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 9
Matlamat
Matlamat gerak kerja kokurikulum ialah penyertaan murid bermula Tahun 4 adalah
wajib. Setiap murid tahap 2 hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya
dalam salah satu gerak kerja iaitu badan beruniform, kelab/persatuan dan
sukan/permainan. Ini berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil1/1985.
Matlamat Modul Kokurikulum MBK adalah untuk memperkasakan aktiviti kokurikulum
MBK dengan pelibatan dan penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan MBK
seterusnya menyokong kepada program pendidikan inklusif MBK. Selain itu, modul ini
dapat memberi panduan serta kefahaman kepada guru penasihat kokurikulum dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum.
Objektif
Objektif Modul Kokurikulum MBK ialah:
Menjadi rujukan dan panduan kepada guru penasihat kokurikulum dan
individu yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum MBK;
Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam
pelaksanaan kokurikulum dalam kalangan MBK; dan
Melaksanakan aktiviti kokurikulum secara sistematik dan berfokus;
Peningkatan dan penyertaan MBK melalui program inklusif separa.
Konsep
Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid
wajib melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah,
mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak
mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang
positif.
Konsep Modul Kokurikulum MBK ini adalah selaras dengan (Subperaturan 3 (1)
(Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997) yang diterbitkan
sebagai PU(A) 531/97):
2

