Page 118 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 118
Modul : Modul 4
Minggu : Minggu 4
Aktviti : Balapan
- Acara Pecut
Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara 200 meter
Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. Jam randik
iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan
penutup mata
v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.
Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(warming up).
ii. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick) dan movement lunges pada jarak 10 – 15
meter.
Langkah 3 i. Murid diminta melakukan larian pecut 15 meter sebanyak
tiga set, kemudian diberi rehat selama 10 minit.
ii. Murid diperkenalkan dengan trek 200 meter bagi acara
pecut jarak dekat.
Langkah 4 : i. Murid diminta berlari sejauh 80 meter tanpa blok
permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau
berdasarkan kesesuaian murid.
ii. Larian dilakukan sebanyak dua set.
iii. Murid diberikan rehat selama 10 minit bagi setiap set
sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 150 meter, 180
meter dan seterusnya 200 meter.
Penutup : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(cooling down).
ii. Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan
kelemahan yang dilakukan oleh murid.
108

