Page 113 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 113

Merejam lembing

               Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua

               dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di
               dalam Sukan  Olimpik pada  tahun  1896.  Kini,  ia  merupakan  salah  satu

               acara padang yang  penting  di  dalam  sukan  olahraga.  Acara  ini  dipertandingkan
               mengikut  kategori  lelaki  dan  wanita.  Matlamat  acara  ini  ialah  mendapatkan  jarak

               paling  jauh  berbanding  dengan  peserta  lain  yang  mengambil  bahagian,  mengikut

               peraturan yang ditetapkan. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan
               terjatuh yang dicapai oleh seseorang peserta.


               Teknik merejam lembing

               Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Satu dari atas dan
               satu dari sisi bawah. Untuk mendpatkan satu rajaman yang baik dan sempurna selain

               tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman dilakukan,

               cara memgang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan
               tidak kemas, lembing akan terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti

               yang dikehendaki.













                                                Rajah 30 : Teknik merejam lembing
                     MODUL SUKAN OLAHRAGA BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN

                                              (MINGGU 1 HINGGAU 12)


                Modul                      :  Modul 1
                Minggu                     :  Minggu 1
                Aktviti                    :  Penggunaan dan Pentadbiran
                                              -  Mesyuarat  Agung

                Objektif                   :  Pelantikan jawatankuasa baharu



                                                           103
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118