Page 120 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 120
Modul : Modul 5
Minggu : Minggu 5
Aktviti : Balapan
- Acara pecut
Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara pecut jarak sederhana
(400 Meter dan 800 Meter)
Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. Jam randik
iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan
penutup mata
v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera
Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.
iii. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru melakukan sesi regangan otot (warming
up.)
Langkah 2 : i. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick), squat dan movement lunges sebanyak tiga set
atau berdasarkan keupayaan murid.
ii. Murid diperkenalkan dengan satu pusingan trek berjarak
400 meter dan 800 meter bagi acara pecut jarak
sederhana.
Langkah 3 : i. Murid diminta berlari sejauh 200 meter tanpa blok
permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau
berdasarkan kesesuaian murid.
ii. Larian dilakukan sebanyak dua set.
iii. Murid diberikan rehat selama 10 minit bagi setiap set
sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 300 meter dan
seterusnya 400 meter.
Penutup : Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap
guru untuk melakukan sesi regangan otot (cooling down)
Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan
yang dilakukan oleh murid.
110

