Page 122 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 122
Modul : Modul 6
Minggu : Minggu 6
Aktviti : Balapan
- Lari berganti-ganti
Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara lari berganti-ganti
4x100 meter dan 4x400 meter
Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. Jam randik
iv. Baton
v. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan
penutup mata
vi. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.
Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(warming up).
ii. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick), squat dan movement lunges sebanyak tiga set
atau berdasarkan keupayaan murid.
Langkah 3 : i. Murid ditunjukcara dan diterangkan acara lari berganti-
ganti 4x100 meter.
ii. Murid dibentuk kumpulan berempat dan disusun mengikut
tahap mereka.
Langkah 4 : i. Murid diminta menghantar baton kepada rakan dihadapan
dalam barisan tanpa bergerak.
ii. Orang terakhir akan meletakkan baton ke tanah selepas
menerima baton.
iii. Murid diminta menghantar baton kepada rakan dihadapan
dalam barisan secara larian perlahan.
iv. Orang terakhir akan meletakkan baton ke tanah selepas
menerima baton.
v. Proses berterusan untuk jarak 400 meter atau mengikut
kesesuaian murid.
112

