Page 116 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 116
Modul : Modul 3
Minggu : Minggu 3
Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. jam randik
iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari
dan penutup mata
v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.
Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(warming up).
ii. Guru membuat tunjuk cara aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick) pada jarak 10 – 15 meter.
Langkah 3 : i. Murid diminta melakukan larian pecut 10 meter sebanyak
tiga set, kemudian diberi rehat selama 10 minit.
ii. Murid diperkenalkan dengan trek 100 meter bagi acara
pecut jarak dekat.
iii. Murid diminta berlari sejauh 30 meter tanpa blok
permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau
berdasarkan kesesuaian murid.
iv. Larian dilakukan sebanyak empat set.
Langkah 4 : i. Murid diberikan rehat selama 5 minit bagi setiap set
sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 50 meter, 80 meter
dan seterusnya 100 meter.
ii. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(cooling down.)
Penutup : Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan
yang dilakukan oleh murid.
Syarat Pelaksanaan : i. Murid perlu melakukan aktiviti regangan otot dengan betul
sebelum melakukan larian pecut.
ii. MBK kurang upaya penglihatan kategori B1 perlu
mempunyai pelari pemandu untuk melakukan semua
aktiviti.
106

